Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 11:33am

Selepas Dihentam Teruk, Ning Baizura Bersuara – “Saya Tak Bermaksud Persenda Situasi & Tempat Itu”

Selepas dihentam teruk dan dianggap kurang peka dengan isu di Palestin, penyanyi Ning Baizura tampil memberikan penjelasan berkenaan respons spontannya tempoh hari lalu.

Terdahulu, Ning secara selamba telah memberikan respons yang kurang menyenangkan selepas salah seorang peminatnya meninggalkan komen ‘All Eyes On Rafah’ ketika membuat live di Instagram.

”All eyes on Rafah… who’s that?,” katanya sekali gus mengundang kecaman, baru-baru ini.

Enggan mengeruhkan situasi, Ning menegaskan dia tidak bermaksud ingin mempersendakan hal itu dan  tidak sengaja memberikan respons sedemikian.

“Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku dan saya ada kongsi di Instagram saya. Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.

“Semasa saya baca komen peminat, saya tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud untuk mempersenda situasi dan tempat itu dan sebab itu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’,” katanya menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Ning bagaimana pun mengakui berasa kecewa apabila ada pihak yang menyunting video tersebut sehingga menyebabkan kekecohan berlaku.

Dalam perkongsian tersebut, Ning turut menyatakan dia cakna tentang situasi yang berlaku di Palestin dan ada memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang berjuang di sana.

“Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.

“Terus terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin sebab saya banyak menyumbang bagi pihak saya. Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan semuanya datang dari hati kita,” jelasnya.

Sementara itu, pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu turut berharap orang ramai mendengar penjelasannya itu.

“Saya di sini bukan ingin memberi alasan tapi sebagai manusia kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak sebelum menyerang Instagram saya menggunakan kata-kata kasar.

“Segelintir peminat saya keluar memberikan kenyataan terima kasih untuk sokongan itu dan yang tidak mengikuti saya keluarkan pelbagai perkataan tidak sedap didengar,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “All Eyes On Rafah? Who’s That” – Dikritik ‘Tone Deaf’, Netizen Kecam Ning Baizura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Jul 2025

“Ammar Ahyan Tu, Ya Allah ‘Brilliant’! – Nabil Ahmad Puji Cara Aliff Syukri & Shahida Didik Anak

Nabil menganggap dikurniakan anak dengan peribadi terbaik adalah rezeki yang tidak ternilai.

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Wajah Uqasha Senrose Nampak Letih, Badan Kurus Buat Netizen Risau

Wajah seakan ‘lesu’ dan bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video TkTok raih tumpuan

Trending Fri, 6 Jul 2018

Yahoo! Chatime Selamatkan Pekerja Tealive

Chatime Malaysia telah menawarkan untuk menggaji semula pekerja yang ditamatkan serta-merta dimana Chatime teringat akan kesannya terhadap kehidupan perkerjaan dan pemilik kedai.

Hiburan Fri, 7 Nov 2025

Gara-Gara Trend ‘Jamilah’, Netizen ‘Kenenkan’ Zara Zya & Que Haidar… Ini Respons Empunya Badan – “Kadang Kala Agak Menekan, Tapi…”

Zara Zya tidak ambil hati dengan gurauan peminat, namun mengakui situasi itu memberi sedikit tekanan

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

error: Content is protected !!