Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 22, 2024 @ 4:56pm

“Maaf Korang, Sorry Bye-Bye Semua” – Terus Masuk Kenderaan Tanpa Sebarang Komen Selepas Selesai Prosiding, Shakilla Khoriri Kunci Mulut Isu Tuntutan Hak Jagaan Anak

Pelakon Shakilla Khoriri dilihat bergegas masuk ke dalam kenderaannya jenis BMW berwarna hitam usai selesai prosiding Sulh di mahkamah serta tidak ingin mengulas lanjut berkenaan tuntutan Hadanah yang difailkan oleh bekas suaminya, Fizi Ali.

Terus berlalu tanpa sebarang kata, Shakilla memilih untuk mengunci mulut daripada memberikan apa-apa komen yang bersangkut-paut dengan apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Shakilla bagaimanapun sempat memohon maaf atas tindakannya yang telah menghampakan semua pengamal media yang hadir serta menerpa ke arahnya untuk mendapatkan keterangan dari mulutnya sendiri namun gagal.

“Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit.

“Maaf korang, sorry bye-bye semua. Sayang, thank you so much,” ujarnya.

Menurut Shakilla, dia akan memberitahu segalanya pada bulan hadapan, di mana mereka bakal bertemu sekali lagi di mahkamah untuk sebutan kes dan prosiding selanjutnya.

Dalam pada itu, setelah beralih kepada Fizi, penyampai radio Hot FM itu mempersoalkan kehadiran seorang lelaki yang menemani Shakilla ke mahkamah bersamanya.

“Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa.

“Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri,” soalnya.

Terdahulu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah lantaran Shakilla tidak mengizinkan dia bertemu anaknya.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Ameena Sofia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Tahniah! Memey Suhaiza Dapat Anak Perempuan

Berita gembira tersebut dikongsikan suami Memey, pelakon Norman Hakim, 42, menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Acara Mon, 15 Jun 2026

REV Media Group Ungguli MDA d’Awards 2026, Rangkul Tujuh Anugerah Termasuk Dua Emas Utama

REV turut menerima empat anugerah perak menerusi kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.

Hiburan Sat, 20 Oct 2018
Featured Tue, 28 Feb 2023

[VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – “Saya Bekerja Dapat Hasil Sendiri…”

She tak perlu gelaran Datin 🤪 She sendiri dah mega ❤️ Vass gituh Puteri Sarah 😌🥰

Trending Tue, 25 May 2021

Jom Semak! Ini Cara Semak Tarikh Akhir Bayaran i-Sinar KWSP Secara Online

Boleh semak hanya dihujung jari anda sahaja…

Trending Thu, 4 Jun 2020
error: Content is protected !!