Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi June 15, 2026 @ 12:19pm

REV Media Group Ungguli MDA d’Awards 2026, Rangkul Tujuh Anugerah Termasuk Dua Emas Utama

REV Media Group (REV) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penerbit digital nombor satu Malaysia apabila merangkul tujuh anugerah pada Malaysian Digital Association (MDA) d’Awards 2026, termasuk dua pengiktirafan berprestij menerusi kategori Publisher of the Year dan Content Agency of the Year.

Pada majlis anugerah berkenaan, REV membawa pulang tiga anugerah emas dan empat anugerah perak hasil kecemerlangan dalam pelbagai aspek termasuk penerbitan digital, kandungan berjenama, inovasi kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan audiens, pelaksanaan kempen serta pembangunan bakat.

Kemenangan dalam kategori Publisher of the Year dan Content Agency of the Year menjadi bukti keupayaan REV dalam menerajui industri media digital tempatan menerusi penghasilan kandungan yang dekat dengan audiens, selain memahami landskap budaya dan platform digital di Malaysia.

REV turut meraih anugerah emas bagi kategori Best Digital Growth Campaign yang mengiktiraf kejayaan syarikat itu dalam memperluaskan capaian audiens serta menghasilkan impak yang boleh diukur menerusi pelbagai platform digital.

Selain tiga emas, REV turut menerima empat anugerah perak menerusi kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam memperkukuhkan pelbagai aspek perniagaan, termasuk penerbitan digital, kandungan berjenama, teknologi AI dan penyelesaian kempen bersepadu.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana ia mencerminkan keseluruhan usaha yang sedang dibangunkan oleh REV, daripada penerbitan dan kandungan berjenama kepada produk AI, pertumbuhan platform dan penyelesaian kempen bersepadu.

“Fokus kami kekal sama iaitu memahami audiens Malaysia, menghasilkan kandungan yang mampu menarik perhatian serta memanfaatkan teknologi dengan tujuan yang jelas. Ini adalah pencapaian bersama dan saya bangga dengan semua warga REV yang terus meningkatkan standard media digital di Malaysia,” katanya.

Menurut Samuel, pengiktirafan yang diterima bukan sahaja mengukuhkan reputasi REV sebagai peneraju media digital tempatan, malah membuktikan keupayaan syarikat dalam mengadaptasi perubahan industri yang semakin dipacu teknologi.

Pada masa sama, REV terus memainkan peranan dalam memperkasa ekosistem digital negara menerusi pelbagai inisiatif melibatkan kerjasama industri, inovasi platform dan pembangunan bakat muda.

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program Tech For Good Youth yang memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam bidang kandungan, media dan teknologi, sekali gus membantu melahirkan generasi profesional digital masa depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

Trending Wed, 11 Apr 2018

May 9th Officially a Public Holiday in Conjunction with GE14!

The government just announced it so that everyone can easily vote.

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Featured Wed, 25 Jul 2018
Featured Tue, 28 Apr 2026

“Kalau Suami Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dengan Isteri” – Ozlynn Waty

Ozlynn berpendapat, setiap pasangan suami isteri perlu memainkan peranan penting dalam memahami situasi dan keadaan kewangan antara satu sama lain.

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Hiburan Sat, 22 Jun 2024
error: Content is protected !!