Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 10, 2022 @ 2:39pm

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan insiden pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Jempol.

Pergaduhan ini berpunca daripada pelanggan tersebut tidak berpuas hati kerana nasi goreng kosong dengan telur yang dipesannya berharga RM6. Kejadian ini berlaku kira-kira pada pukul 2.30 pagi semalam.

@utusantvofficial Kejadian di Bahau, Negeri Sembilan | 5 MEI 2022. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Ho Chang Hook berkata, pihaknya ada menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk ketika berada di kaunter pembayaran.

Permulaan insiden ini berlaku apabila seorang wanita yang telah memesan nasi goreng kosong bersama telur mempersoalkan harga makanan tersebut mahal.

“Juruwang restoran berkenaan didakwa meninggikan suara kepada wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut.

“Situasi ini menyebabkan anak wanita itu yang juga pengadu berang dan mengambil kotak tisu lalu membaling ke arah juruwang tersebut tetapi kotak tisu itu terkena barang-barang di atas kaunter juruwang,” ujar beliau dalam sebuah kenyataan.

Katanya lagi, seorang pekerja yang melihat perbuatan pengadu lalu terus menumbuk pengadu sebelum dileraikan pergaduhan itu oleh pekerja lain dan pelanggan yang berada di situ.

Sehubungan itu, pihak polis membuka kertas siasatan insiden itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan lanjut.

Jelas Chang Hook, pihaknya juga menafikan tuduhan bahawa pihak polis campur tangan dan terlibat dalam menyelesaikan perbalahan yang berlaku itu.

“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia & Utusan TV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Trending Sat, 25 Nov 2017

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah,

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah, Antara Serangan Paling Teruk Dalam Sejarah Mesir

Contest Thu, 8 Aug 2019
Trending Mon, 17 Dec 2018

Muka Saya Hilang Kerana Kebakaran, Boleh Tak Awak Bagi Saya Muka Baru?

Surat Polos Kanak-Kanak Ini Kepada Santa Claus Buat Netizen Sebak

Featured Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok. @dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah […]

Hiburan Thu, 5 Sep 2024
Featured Tue, 7 Nov 2023
Trending Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!