Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 12, 2023 @ 4:35pm

Bunga Isme Dilamar Jadi Penyanyi Pembukaan Konsert Coldplay – “Saya Sampai Hilang Kata-Kata…”

Penyanyi Bunga Isme meluahkan rasa syukur apabila dipilih menjadi artis pembukaan konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 22 November depan.

Memetik laporan mStar, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, mendedahkan telah menerima tawaran pada dua bulan lalu sebelum penjualan tiket.

“Alhamdulillah, ya betul saya. Masa mula-mula saya dimaklumkan akan buat persembahan pembukaan di konsert itu, ia agak mengejutkan kerana Coldplay adalah satu nama besar dan mempunyai pengikut yang ramai.

“Saya sampai hilang kata-kata, tak tahu nak luah macam mana. Saya gementar dan harap dapat lakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Bunga memaklumkan bakal menyampaikan dua buah lagu pada konsert tersebut bersama band pilihannya.

Namun, dia masih belum melakukan sebarang latihan kerana sibuk dengan pengajian di universiti.

“Apa yang saya tahu, persembahan pembukaan itu akan berlangsung selama 20 minit dan antara lagu yang saya pilih ialah Buai serta Intan Payung.

“Dari segi persiapan saya belum lakukan apa-apa latihan lagi cuma sekarang ini saya baru dapat band untuk lakukan persembahan bersama sebab sekarang bulan terakhir saya dalam pengajian ijazah saya, jadi agak sibuk.

“Mungkin lepas selesai peperiksaan akhir, baru kami mulakan latihan,” jelasnya.

Bunga juga berharap agar kemunculannya pada konsert itu dapat memperkenalkan lagi muziknya lebih mendapat perhatian ramai.

“Memandangkan saya masih baru dalam bidang ni, saya harap kemunculan saya nanti dapat memperkenalkan muzik saya kepada pendengar yang lebih besar.

“Paling penting doakan saya dapat lakukan yang terbaik pada malam itu nanti dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih saya,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Live Nation Malaysia pada pagi Isnin, penganjur itu mengesahkan Bunga bakal muncul sebagai artis pembukaan di konsert itu.

Konsert tersebut bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan dan sebanyak 85,000 tiket sudah habis terjual.

Konsert siri itu bakal dianjurkan di negara Asia terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Trisha Ooi Masuk Gelanggang! All Star Championship: Dubai Edition Satukan Influencer 7 Negara Dalam Pertarungan Tinju Pertama Seumpamanya

Trisha Ooi merupakan antara selebriti & pempengaruh media sosial dari tujuh negara yang bakal menyertai All Star Championship: Dubai Edition di Round 10 Boxing Club, Dubai.

Featured Sat, 23 Aug 2025

Siti Nurhaliza Kongsi Titik Terendah, Reda Jika Kerjaya Menjunam Saat Memilih Kahwin Dengan Datuk K

Siti Nurhaliza berkongsi detik sukar saat namanya berada di puncak kejayaan.

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Featured Wed, 5 Jan 2022

“Apa Wagyu Buat Masak Merah?” – Lelaki Terpegun Lihat Daging Mahal Ikut Selera Melayu, Netizen Komen Jarang Dibuat Orang

Seorang lelaki terkejut apabila pasangannya menggunakan daging wagyu untuk menyediakan hidangan masak merah. Bagi yang tidak tahu, daging wagyu merupakan daging lembu yang berkualiti di mana harganya jauh lebih mahal berbanding harga daging lembu biasa. […]

Hiburan Wed, 20 May 2026

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

Saya Tidak Boleh Lawan Selamanya

Bukan mudah untuk melawan penyakit kanser dimana dirinya sendiri tidak berada di dalam keadaan yang baik dan masih lagi tabah menghadapinya

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Intan Najuwa Dedah Wajah Anak, Ramai Puji Imane Lunara Comel!

Intan Najuwa kongsi wajah Anak, ramai kata persis suami

error: Content is protected !!