Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 4, 2022 @ 7:13pm

“Saya Tak Perlukan ‘Validation’ Anda” – Peminat Doakan Shila Amzah Kuat Mental & Fizikal

Penyanyi Shila Amzah sering mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi Shila kini menjadi salah seorang peserta sebuah program nyanyian.

Terbaharu, Shila memuat naik perkongsian yang memaparkan dirinya sedang aktif bersenam di sebuah gimnasium.

Namun apa yang menjadi tumpuan adalah di ruangan kapsyen pelantun lagu Bahagiakan Dia itu, Shila memberitahu apakah yang akan dilakukannya untuk mengawal stres.

“Orang bertanya saya macam mana saya mengawal stres?.

“Saya bersenam, saya lakukan Muay Thai  dan pergi ke gimnasium. Saya juga cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya setiap hari,” kongsinya.

Shila juga memberitahu agak sukar untuk mengatasi keresahan dan mengakui tidak mudah baginya untuk mengejar sesuatu dalam hidup.

“Menangani keresahan dengan hidup tidaklah mudah. Nak dapatkan sesuatu bukanlah mudah bagi saya.

“Saya bekerja keras, dan saya tak perlukan pengiktirafan orang tentang betapa layaknya saya,” tegasnya.

Shila atau nama lengkapnya NurShahila Amir Hamzah juga berkata dia bersikap damai dengan semua perkara dalam hidupnya serta mengingatkan apa yang dimiliki bersifat sementara.

“Ia mengambil banyak perkara untuk menjadi sihat dari segi mental dan fizikal.

“Saya mencipta keamanan dengan semua perkara dalam hidup saya. Tiada apa yang kekal di dunia ini, segala apa yang ada bukan lah milik mutlak kita, semuanya pinjaman sahaja,” tutup Shila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan sifat positif Shila malah ramai juga mendoakan kesejahteraan hidup buat penyanyi itu.

Sumber: Instagram shahilaamzah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

萧敬腾「娱乐先生」世界巡演 7 月登入大马

「金曲歌王」萧敬腾确定今年 7 月来马开唱!

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

“Aaisyah Sebenarnya Perlu Rehat”- Che Ta

Semoga cepat sembuh ye Aaisyah!

Trending Thu, 4 Jan 2018

多数人没有看过的明星合影老照片!

多数人没有看过的明星合影老照片!周润发抱着的人竟是……最后一张更是珍贵,两位时代伟人同台!

Hiburan Mon, 2 Mar 2026
Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

22 Tahun Cari Penyanyi, Akhirnya Izzmad Harun Jadi Pilihan

Semoga lagu Bisa Pertama dapat jadi finalis di AJL 34!

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Artis Viral Shazriq Azeman Atur Langkah Baharu, Nyanyi OST Terlerai Noktah

Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama buah tangan baharu. Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu Kamelia (Sweet Charity), Fall For You (Secondhand Serenade) dan Bohemian Rhapsody […]

error: Content is protected !!