Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 18, 2023 @ 10:12am

“Saya Tak Depress, Saya Happy!”- Bak Pengantin, Puteri Sarah Liyana Tampil Berbusana Putih Hadir Kes Perceraian Bersama Syamsul Yusof

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana akhirnya bakal menemui titik nokhtak hari ini.

Menurut Sarah ketika ditemui di sini, hari ini, dia berharap agar proses perceraian berjalan dengan lancar dan sebarang keputusan berakhir dengan baik.

Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, hadir di mahkamah  Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini dengan persalinan serba putih bak ‘merpati terbang tinggi’.

“Perasaan Sarah harini macam fesyen show, ini baju baru. Lagipun kalau saya dilepaskan hari ini saya rasa kehidupan saya bermula. Inilah hari yang ditunggu-tunggu.

“Saya rasa kalau pergi Mahkamah je mesti pakai hitam, saya nak mulakan hidup baru jadi kalau saya pakai hitam melambangkan depress. Saya tak depress saya happy,” katanya.

Terdahulu, lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi tadi untuk membuat liputan.

Untuk rekod, kemelut rumah tangga pasangan sensasi ini dijangka bakal berakhir apabila Syamsul setuju melafazkan talak terhadap isteri Puteri Sarah Liyana, hari ini.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Aug 2024
Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Ude Mohon Bekas Isteri Henti Drama!

Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.

Featured Sun, 5 Aug 2018

Pecah Stereotaip, Nurul Zuriantie Shamsul Juara Di Hati Rakyat Malaysia

Biarpun gagal meraih gelaran juara pengalaman itu menjadi momen terindah bagi Nurul.

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

error: Content is protected !!