Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 3, 2024 @ 3:36pm

“Tiada Unsur Orang Ketiga, Keputusan Untuk Kahwin Adalah Selepas Bercerai” – Bekas Suami Irma Hasmie

Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer tampil memberi penjelasan mengenai perceraiannya bersama bekas isteri.

Memetik laporan Harian Metro, Redza memaklumkan bahawa keputusan untuk bercerai adalah keputusan yang dibuat bersama Irma selepas mengambil kira segala aspek.

“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.

“Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” ujarnya.

Susulan itu, Redza turut menjelaskan mengenai perkahwinan terbaharunya bersama wanita yang dikenali sebagai Fiza baru-baru ini.

Malah, dia memaklumkan keputusan untuk berkahwin lagi tidak mengambil masa yang lama.

“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak,” jelasnya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, perkahwinan baharu ini tiada unsur orang ketiga sebaliknya berlaku selepas perceraiannya malah dia turut memaklumkan bahawa Irma sudah diberitahu mengenai perkahwinannya.

“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.

“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Redza berharap dengan kenyataannya ini dapat menjelaskan hal sebenar dan statusnya.

Artikel Berkaitan: “Moga Allah Beri Ketenangan & Banyakkan Rasa Syukur” – Irma Hasmie Kunci Mulut Soal Status Perkahwinan Dengan Suami

Artikel Berkaitan: “Kebahagiaan Yang Dicari…” – Kapsyen Suami Bersyukur Dah Bina Mahligai Cinta Baharu Dikritik, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Raih Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab, Irma Hasmie & Suami Sah Bercerai Sejak 6 Bulan Lalu

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Sep 2019
Trending Mon, 13 Jul 2020
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Cukup Sampai Di Sini, Zahirah MacWilson Tak Mahu Lagi Kontroversi

Zahirah juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika mereka masih bersama…

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka…Saya tidak melatah.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Scooter Braun Backs Kris Wu Up Against Fake Chart Numbers Controversy

Angry fans of other stars even wanted this ‘case’ to be properly investigated!

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Bintang Utama K-Drama Goblin, Gong Yoo Dan Lee Dong Wook ‘Reunited’ ?

Peminat K-Drama Malaysia, are you guys excited for their reunion?

Featured Sat, 24 Jul 2021

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu

Umum maklum, kerajaan bakal memberi kelonggaran buat kepada individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dibuat dengan mengambil kira […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Issey Belum Bersedia Cari Jodoh?

Semoga Issey berjumpa jodoh yang sesuai lepasni okay. No stress Sey!

Featured Tue, 21 Apr 2026

Siti Nurhaliza Selalu Sokong Peniaga Tempatan, Aazief Khalid Komen: “Mak Iti Memang Rajin Beli Makanan”

Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian warganet apabila didakwa aktif membeli makanan daripada peniaga tempatan menerusi platform Threads sejak kebelakangan ini.

error: Content is protected !!