Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 19, 2021 @ 5:37pm

Pelbagai Koleksi Ekslusif… Jualan Beg, Kasut Raya Bata Curi Tumpuan!

Seperti biasa, setiap kali kita menjengah bulan Ramadan, orang ramai pasti tidak sabar menanti tawaran hebat jualan hari raya.

Selain boleh berjimat, berbelanja di musim perayaan juga adalah waktu terbaik untuk menambah koleksi peribadi.

Sinonim dengan kasut dan beg berkualiti pada harga mampu milik, tahun ini Bata kembali dengan lebih kejutan untuk rakyat Malaysia.

Pelbagai koleksi eksklusif ditampilkan untuk pilihan kasut wanita, lelaki dan kanak-kanak, sekali gus memudahkan keperluan bagi kelengkapan seisi keluarga di bawah satu bumbung.

Lebih menarik, Bata turut menampilkan dua selebriti terkenal tanah air, Fattah Amin dan Fazura sebagai duta kempen Surprisingly Bata bagi memeriahkan lagi promosi raya tahun ini.

Nikmati baucar RM25

Bagi anda yang merancang untuk bergaya di hari raya dengan kasut atau beg baharu, jenama Bata patut berada dalam senarai pilihan.

Menarik untuk kali ini, pelbagai pilihan rona memukau dapat disesuaikan dengan busana Aidilfitri, membuatkan anda rambang mata untuk memilih.

Apatah lagi, Bata tampil mengejutkan pelanggan dengan Suprise Offer, membolehkan pelanggan menikmati baucar Bata bernilai RM25 untuk pembelian RM125 ke atas.

Ganjaran ini pasti menjadikan sesi membeli-belah sekeluarga lebih seronok kerana anda boleh memanfaatkan baucar itu untuk membeli lebih banyak barang pada harga rendah.

Beli satu percuma satu

Tidak cukup dengan itu, Bata sedia menggembirakan pelanggan dengan Surprise Sale, menjanjikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi!

Surprise Sale menawarkan promosi beli satu percuma satu untuk beberapa barangan terpilih.

Promosi ini juga sudah tentu sangat mengujakan kerana pelanggan berpeluang membawa pulang dua pasang kasut dalam satu harga.

Justeru jangan lepaskan peluang membeli kasut yang ditawarkan untuk Surprise Sale tahun ini!

Harga runtuh

Sementara itu, tidak lengkap rasanya jika membeli-belah di jualan hari raya tetapi tiada diskaun atau potongan harga menarik ditawarkan.

Jangan risau, Bata sudah merancang lebih awal untuk menambah keriangan anda seisi keluarga dengan jualan hebat Star Buys.

Untuk promosi ini, pelanggan Bata berpeluang mendapatkan barangan Star Buys pada harga runtuh.

Bagaimanapun, Star Buys juga terhad untuk barangan terpilih sahaja. Jadi, pastikan anda tidak terlambat sebelum ia kehabisan stok.

Raya bergaya dengan Bata!

Dengan begitu banyak tawaran menarik sempena Syawal, impian anda untuk bergaya di hari raya dengan kasut Bata serba moden dan selesa pada harga mampu milik bakal jadi kenyataan.

Justeru, jangan lepaskan peluang keemasan kerana semua tawaran ini bermula 10 April 2021 dan bakal berakhir pada 16 Mei 2021, selagi stok masih ada.

Semak lokasi kedai Bata berhampiran anda di pautan ini dan berbelanjalah sepuasnya dengan yang tersayang! Anda juga boleh layari Katalog Raya Bata di sini.

Memahami situasi semasa, anda tidak perlu bimbang untuk keluar membeli-belah kerana Bata komited memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan di kedai terjaga.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi di Bata, layari www.bata.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Feb 2023

Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Wahh, dah jumpa pengganti. Paling best anak dan kekasih Fizi boleh jadi geng!

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Mon, 17 Jun 2024
Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Featured Thu, 13 Nov 2025

Ubai MZ Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Ibu – “Tiba-Tiba Ada Suara Orang Jawab Salam Aku…”

Ubai MZ mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadi ketika menziarahi kubur arwah ibunya baru-baru ini.

Events Thu, 31 Jul 2025
Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha […]

error: Content is protected !!