Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom March 6, 2018 @ 11:05am

Tahap Seksi Wanita Mengikut Zodiak! Libra Paling Power

Syirik kalau percaya. Namun tidak dapat dinafikan zodiak atau bintang kelahiran, serba-sedikit related dengan karakter anda.

Ini kerana para ahli astronomi membuat kajian kepada puluhan ribu manusia yang bernaung di bawah bulan kelahiran yang sama dan akhirnya menghimpunkan kesamaan sifat menerusi  zodiak mereka.

Namun begitu bukanlah soal karakter yang ingin dikupas, sebaliknya pesona dan keseksian melalui zodiak masing-masing.

 

1. Aries

Dilambangkan sebagai Dewa Perang, wanita yang berbintang Aries kuat dan penuh percaya diri. Wanita Aries juga tak pernah segan untuk memanfaatkan apa yang anda inginkan. Hal inilah yang menjadikan anda seksi dan sukar ditakluki. 

 

http://showtopmodel.ru

 

2. Taurus

Wanita berzodiak Taurus mempunyai karakter mudah bergaul dan suka bersenang-senang. Mereka yang berzodiak Taurus biasanya  popular dan selalu menjadi perhatian. Tidak hairan, ramai teman-teman disekeliling wanita taurus mengimpikan untuk menjadi seperti mereka. 

 

luciekout.deviantart.com

 

3. Gemini

Wanita Gemini biasanya sedikit pemalu dan tertutup, akan tetapi dimata lelaki sifat misteri mereka mengujakan. Sikap anda yang terlihat acuh tak acuh dan sukar dikuasai semakin membuakkan keinginan lelaki untuk mendapatkan anda.

 

www.pinterest.com

 

4. Cancer

Wanita Cancer mempunyai satu tarikan istimewa dimana lelaki yang bersama mereka akan selalu rasa nak melekat!. Bersama si bintang Cancer, rasa cinta selalu saja rasa hangat!

 

http://showtopmodel.ru

 

5. Leo

Percaya diri adalah kunci bagi wanita Leo. Mereka biasanya gemar menjadi ‘leader’ dalam sesuatu perhubungan dan lelaki suka dengan sikap berdikari yang dimiliki wanita Leo. Wanita Leo biasanya sangat dominan dan tidak pernah pasif. Anda tidak segan untuk mengambil inisiatif pertama, sekaligus memimpin pasangan anda.

 

luciekout.deviantart.com

 

6. Virgo

Si gadis Virgo memiliki kemampuan lebih untuk menciptakan rangkaian kata-kata manis menggoda yang membuat lelaki tunduk. Mereka benar-benar jaguh dalam hal pujuk-memujuk sekaligus membuatkan lelaki hanyut dan menuruti apa saja permintaan mereka.

 

luciekout.deviantart.com

 

7. Libra

Libra disebut sebagai zodiak yang paling menggairahkan. Wanita Libra cukup mempesona dan cantik. Mereka bukan saja pandai menakluki lelaki tetapi juga teman-teman. Jika mereka insan ketiga dalam perhubungan seseorang, wanita yang pertama harus bersiap-sedia untuk diketepikan!

 

www.pinterest.com

 

8. Scorpio

Wanita Scorpio adalah mereka yang berani dan ghairah. Bisa membuatkan lelaki menjadi tidak berdaya kemudiannya hanyut dalam keghairahan wanita Scorpio.

 

luciekout.deviantart.com

 

9. Sagitarius

Walaupun wanita berbintang Sagitarius selalu dianggap beruntung, mereka tidak perlu berbuat apa-apa untuk kelihatan seksi untuk memikat lelaki. Digambarkan sebagai individu yang cukup bersemangat, mereka juga sentiasa membuatkan urusan di kamar sentiasa hangat.

 

luciekout.deviantart.com

 
 
10. Capricorn

Wanita Capricorn biasanya lucu dan lincah. Hal inilah yang membuat lelaki menyukai anda. Wanita Capricorn memiliki cukup banyak keistimewaan  dan bintang paling ideal untuk dijadikan isteri sehingga mampu membuatkan lelaki jatuh cinta tanpa mereka menyadarinya.

 

luciekout.deviantart.com

 

11. Aquarius

Wanita Aquarius selalu penuh perhatian dan manis. Anda selalu tahu kata-kata yang tepat untuk dikatakan, dan selalu berhasil membuatkan lelaki berasa istimewa.

 

www.pinterest.com

 

12. Pisces

Wanita Pisces agak pendiam dan misteri, sehingga membuat lelaki tertarik dalam merungkai sikap mereka yang misteri. Semacam tidak peduli, menggesa keinginan lelaki untuk lebih mengenali anda.

 

http://showtopmodel.ru

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

familuv Tue, 11 Dec 2018

5 Cara Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Melegakan Anak Sembelit

Kanak-kanak normal biasanya buang air besar 2 kali seminggu.

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Events Thu, 14 Jul 2022
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar […]

familuv Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!