Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2025 @ 5:24pm

Janna Nick, Dini Schatzmann Bergabung Dalam ‘Selamat Pengantin Haru’, Penuh Gelak Tawa & Realiti Rumah Tangga

Pasangan popular, Janna Nick dan Dii Schatzmann akhirnya bergabung dalam sebuah drama terbaharu TV3 yang akan mengisi slot Akasia berjudul, ‘Selamat pengantin Haru’.

Drama 13 episod ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd.

Ia menampilkan gandingan dinamik pasangan selebriti popular Janna Nick dan Dini Schatzmann, bersama barisan pelakon hebat seperti Malia Baby, Datuk Tamimi Siregar, Serena Redzuawan dan ramai lagi.

Drama Selamat Pengantin Haru! Mengisahkan Amelie (Janna Nick), wanita moden dan berdikari, yang berkahwin dengan Bazlee (Dini Schatzmann), seorang lelaki kampung yang sangat akrab dengan keluarganya.

Namun, kehidupan berumahtangga mereka bukanlah seindah yang diimpikan. Perbezaan latar belakang, kehadiran keluarga mentua yang ‘terlalu rapat’, dan kemunculan semula cinta lama mula menggugat keharmonian hubungan mereka.

Konflik bermula apabila Syafiqa, sepupu jauh Bazlee yang masih menaruh hati, cuba menggoncang rumah tangga mereka.

Sentuhan komedi & realiti

Menurut Janna Nick, ini merupakan kali keempat dia bergandingan dengan suaminya dalam drama, namun pertama kali terlibat dan membintangi drama dalam genre komedi ringan.

“Walaupun ini genre santai, kami tetap cabar diri untuk tampilkan chemistry yang tidak dibuat-buat.

“Cabarannya adalah untuk kekal ‘natural’ dalam babak-babak bertekak manja, tapi tetap menyampaikan mesej penting tentang cabaran sebenar dalam perkahwinan moden,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Selamat Pengantin Haru!, sebuah drama komedi ringan yang mengetengahkan gelora dan gelak tawa dalam kehidupan rumah tangga moden, hanya di slot Akasia bermula 9 Julai 2025 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jan 2022

Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Jaga SOP & jaga keselamatan orang yang tersayang!

Trending Tue, 16 Jan 2024

Lagi Sebulan Nak Naik Pelamin, Bakal Suami Ini Mengaku Rog*l Gadis Tingkatan 1 Hingga Lahirkan Anak

Banyak betul kes rog*l sekarang ni…harapnya dapat dijadikan iktibar buat semua orang lah!

Featured Thu, 8 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!

Jika terbukti bersalah harap dikenakan hukuman yang setimpal.

Featured Wed, 19 Dec 2018
Featured Thu, 10 Nov 2022

11 Pelajar Upsi Cedera, Bas Terbabas Ke Dalam Gaung

Satu kemalangan bas yang melibatkan kira-kira 60 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyebabkan 11 orang cedera di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima, pada petang Rabu. Bas yang dinaiki penuntut UPSI itu terbabas […]

Trending Fri, 23 Jul 2021
error: Content is protected !!