Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar August 19, 2019 @ 9:00am

Himpunan Merdeka Habib 2019 tampil motif antik

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan yang diraikan sepanjang Ogos dan September ini, Habib, jenama barang kemas tempatan melancarkan Sambutan Hari Merdeka Habib di bangunan ikon Kuala Lumpur, Suria KLCC.

Bertemakan Habib, Malaysia Meraikan 62 Tahun Berkilauan, acara istimewa yang pertama kali dianjurkan secara besar-besaran oleh jenama tersohor itu turut mengimbau nostaligia 61 tahun jenama itu bertapak di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib, berkata sambutan unik itu adalah sebahagian daripada penghargaan Habib dalam meraikan detik istimewa bagi setiap rakyat Malaysia.

“Kemerdekaan bermaksud rakyat dapat menjalankan aktiviti harian dengan selesa dan inilah impian setiap rakyat Malaysia sebaik negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Saya bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam negara berbilang kaum, tetapi mampu mengekalkan keamanan yang dicapai sehingga hari ini.

“Oleh itu bagi meraikan detik yang penuh nostalgia ini, Habib tampil dengan acara ini bagi bersama-sama menyambut bulan yang penuh istimewa,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Merdeka Habib, di KLCC, baru-baru ini.

Meer Sadik Habib (empat kiri), Zarida (tengah) bersama-sama Rozita pada perasmian Sambutan Hari Merdeka Habib di Suria KLCC bertemakan ‘Habib, Malaysia Meraikan 62 Tahun Berkilauan’. NSTP/ROSELA ISMAIL

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Seri Zarida Noordin; duta kempen Hari Raya Habib, Rozita Che Wan dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana serta penyanyi terkenal Asmawi Ani.

Majlis turut diserikan dengan pertunjukan fesyen Himpunan Merdeka 2019 yang membariskan Ratu Cantik Malaysia, Shweta Sekhon; Ratu Habib, Nikita Menon dan lima peserta Pencarian Wanita Melayu 2019.

Himpunan Merdeka 2019 menampilkan barang kemas yang direka khas untuk rakyat berbilang kaum di negara ini dan sesuai digayakan untuk menyerikan busana tradisional Melayu seperti baju kurung serta baju kebaya, selain baju tradisional kaum lain iaitu cheongsam, sari, kadazan dan banyak lagi.

Rantai panjang Habib bertatahkan berlian sesuai digayakan ketika mengenakan baju kurung. NSTP/ROSELA ISMAIL

Antara yang istimewa adalah rekaan rantai panjang tassle yang bertatahkan berlian dan permata, sesuai digayakan bagi wanita bertudung apabila mengenakan baju kurung ataupun wanita yang menggayakan sari dan cheongsam.

Pertunjukan fesyen Habib itu turut menampilkan himpunan emas popular Oro Italia 916 dan himpunan berlian Habib.

Antara himpunan barang kemas daripada Himpunan Merdeka Habib yang digayakan bersama cheongsam. NSTP/ROSELA ISMAIL

Bersempena dengan acara istimewa itu, Habib turut mengadakan pameran Himpunan Warisan yang memaparkan barang kemas berusia lebih 60 tahun, malah ada yang mencecah usia 100 tahun.

Turut dipamerkan adalah barang kemas yang dihiasi intan, iaitu berlian potongan leper yang juga dikenali sebagai berlian potongan ros.

Himpunan Merdeka Habib 2019 sesuai digayakan dengan pelbagai busana tradisional pelbagai kaum di Malaysia. NSTP/ROSELA ISMAIL

Jualan  Merdeka Habib berlangsung di semua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019. Antara tawaran menarik adalah dua jenis loket emas 916 bermotifkan bunga raya dijual pada harga RM118 dan RM462, loket emas 916 bendera Malaysia (RM118), kepingan emas seberat 2g bermotif bangunan bersejarah Malaysia dan potongan sehingga 70 peratus untuk barangan kemas berlian dan batu permata terpilih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 11 Dec 2024

Dilantik Duta Eksklusif Usanita Entertainment, Fattah Amin & Sophia Albarakbah ‘Bersatu’ Dalam Drama Arahan Erma Fatima

‘Aku Cinta Dia’ yang juga menampilkan pelakon hebat, Fattah Amin dan Sophia Albarakbah.

Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Dambakan Bentuk Wajah Secantik Fazura, Jom Cuba 4 Tips Wajah Ini!

Memiliki raut wajah bujur sireh atau kecil seperti aktres Fazura, menjadi idaman setiap wanita.

Bagi yang tiada bajet tu, ada cara alternatif yang dapat membantu anda untuk mendapatkan raut wajah dan pipi yang kecil bak pauh dilayang. Bahkan petua ini bukan saja mudah tetapi juga jimat dan selamat. Selamat mencuba!

Featured Mon, 11 Apr 2022
Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019

Panduan penjagaan rambut untuk kekal sihat bersinar!

Amalkan 4 panduan ini untuk elak rambut bermasalah!

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

Featured Thu, 30 Oct 2025

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin menegaskan dia membatalkan hasratnya untuk untuk berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah, seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

Featured Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Top 3 Picks Neelofa Bawa Pulang Gelaran Juara, Nadeera Anggap Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Menakjubkan – “Saya Akan Ingat Sampai Mati”

“Menang itu bonus, tapi kalau tak menang saya percaya ada kebaikan selepas itu dan doakan saya juga”-Nadeera

error: Content is protected !!