Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin August 31, 2019 @ 11:47am

Panduan penjagaan rambut untuk kekal sihat bersinar!

Oleh Ainur Nadhirah Binti Bahrom Shah

Rambut ibarat mahkota bagi setiap wanita, namun menjaga rambut bukanlah perkara yang mudah untuk mengekalkan ia sihat dan cantik bersinar. 

Sebenarnya untuk memperoleh rambut yang bebas daripada segala masalah rambut seperti uban, rambut bercabang, kasar, kering mahupun kulit kepala berkelemumur memerlukan penjagaan rambut yang betul.

Ada wanita yang mencuci rambut setiap hari, ada yang dua atau tiga kali seminggu dan ada juga yang lebih daripada seminggu tidak mencuci rambut. 

Pendandan rambut antarabangsa dan pakar penggaya rambut Pantene, Barney Martin, berkata secara umum ramai yang mencuci rambut dengan kerap, tetapi kekerapan anda mencuci rambut bergantung pada jenis rambut. 

Ikuti panduan mudah ini dan cubalah amalkan di rumah! 

1. Mencuci rambut dengan air sejuk 

Mencuci rambut dengan air sejuk lebih sesuai untuk memastikan kelembapan rambut. Foto: bukanaku.com

Elakkan mencuci rambut dengan air panas atau air suam. Ia akan menjadikan rambut bercabang, kering dan susah diurus. Sebaliknya cuci rambut dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut. 

2. Keringkan rambut secara semula jadi 

Foto: lifestyle.okezone.com

Pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum disikat. Kebanyakan wanita membalut tuala di kepala mereka untuk mengeringkan rambut. Jangan! Tabiat ini akan menjadikan rambut anda keriting dan bercabang.

Seeloknya keringkan rambut anda dengan cara menggosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala mikrofiber. Selepas itu, biarkan rambut kering dengan sendirinya. 

Kalau anda ingin cepat, boleh gunakan pengering rambut tapi pada suhu yang paling rendah atau keringkan sahaja di depan kipas. 

3. Jangan ikat terlalu ketat

Foto: teen.co.id

Perkara penting yang anda harus tahu adalah jangan mengikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. 

Kita perlu melonggarkan ikatan getah rambut agar rambut anda boleh bernafas. 

4. Memakai serum dan tonik rambut

Penggunaan serum dan tonik merupakan penambahan penjagaan rambut yang boleh anda lakukan. Kegunaan serum adalah untuk melembutkan rambut. 

Tonik rambut ini biasanya dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja dan bagus digunakan jika anda mempunyai masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. 

Fungsi tonik ini adalah untuk menguatkan akar rambut dan menambah rambut baharu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 21 Feb 2018

‘Powder Makeup’ Anda Hancur Berkecai? Ini Cara Mudah Untuk Selamatkannya & Guna Semula

Kalau powder makeup anda terjatuh ke lantai dan terus hancur berkecai, gerenti anda akan rasa seperti hati anda yang hancur sekali, bukan?

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Aura Dewasa Dalam Rekaan Kurung Kanak Kanak Cetus Impak Glamorous Buat Si Pemakai Cilik

Koleksi yang biasanya digayakan orang dewasa, kini turut tersedia untuk golongan kanak-kanak.

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Featured Wed, 13 May 2020
Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Inilah sebabnya anda boleh simpan dan pakai untuk tahun-tahun akan datang.

Featured Wed, 31 Jul 2019
Featured Mon, 22 Jun 2020

Merkuri dikesan dalam 3 produk penjagaan kecantikan buatan tempatan

Pengguna boleh alami kerosakan buah pinggang

Featured Fri, 3 Apr 2020
Oh Lawa Sat, 24 Nov 2018
Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

Tip Untuk Hilangkan Jerawat ‘Komedo’ Di Bahagian Bawah Bibir

Jenis jerawat ini sukar untuk dihilangkan!

error: Content is protected !!