Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 21, 2018 @ 10:33am

‘Powder Makeup’ Anda Hancur Berkecai? Ini Cara Mudah Untuk Selamatkannya & Guna Semula

Anda mesti ada eye shadow atau blusher kegemaran. Jadi kalau powder makeup anda terjatuh ke atas lantai dan terus hancur berkecai, mesti anda akan rasa seperti hati anda yang hancur sekali, bukan? Lebih-lebih lagi kalau produk itu berjenama mahal.

Jangan risau! Dan jangan buang makeup itu kerana ia masih boleh diperbaiki.

Cara yang paling mujarab ialah dengan melarutkan serpihan-serpihan makeup dengan ‘alkohol gosok’ atau rubbing alcohol. Tapi tak pasti sama ada cecair tu Halal atau tidak.

No problem! Gunakan saja wet wipes, yang biasa anda pakai untuk hapuskan kuman di tangan atau mana-mana permukaan.

Ini caranya:

  1. Masukkan semula kepingan makeup yang hancur tadi ke dalam bekasnya, dan hancurkan semua sampai halus dengan toothpick, termasuklah bahagian yang mula-mula tak hancur tadi. Lagi halus serpihan makeup itu, lagi bagus.

girlversusmakeup.com/

Kalau nak senang, masukkan je ke dalam plastik dan tumbuk-tumbuk dengan sudu sebelum memasukkannya balik ke dalam bekas asal.

www.wikihow.com

  1. Kemudian, letakkan sekeping wet wipes ke atas bekas makeup tadi dan tekan serpihan-serpihan powder itu dengan jari sampai rata dan mampat.

girlversusmakeup.com/

Tapi ingat! Sebelum memulakan proses ini, pastikan tangan anda betul-betul bersih supaya bakteria tak merebak ke makeup tersebut.

  1. Akhir sekali bersihkan bahagian tepi bekas makeup tadi menggunakan cotton bud. 

girlversusmakeup.com

Biarkan semalaman sebelum menggunakannya supaya kelembapan dari wet wipes tadi hilang dan kering. Itu saja!

Mudah, bukan? Jom cuba!

Sumber: girlversusmakeup.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 2 Jan 2020

Agnesia lindungi kulit daripada kerengsaan akibat peluh

Tampil dengan wajah baharu lebih segar

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Oh Lawa Tue, 18 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 8 Feb 2018

Idam Bulu Mata Lentik Dan Tebal Persis ‘Barbie Doll’? Anda Mesti Cuba 10 Tips Ini

Patung Barbie boleh dianggap sebagai ikonik bagi wanita yang mendambakan paras rupa jelita dan tubuh yang sempurna.

Oh Lawa Wed, 15 Aug 2018

Jom Belajar Cara Lilitan Turban Yang Kemas Dan Berstail Ini

Gaya turban akan jadikan wajah anda bentuk ‘diamond’. Barulah style!

Oh Lawa Thu, 21 Jun 2018

Tambah Ketinggian Dengan Ilusi Pemakaian. Ini Panduannya Yang Perlu Anda Rujuk

Kata orang, dengan tubuh begini bukan saja tampak cantik persis supermodel, bahkan bentuk fizikal yang cukup ideal dengan apa juga jenis fesyen.

Featured Thu, 9 Apr 2020
error: Content is protected !!