Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops December 18, 2018 @ 2:00pm

15 Item Pakaian Yang Terus ‘Sold Out’ Setelah Meghan Markle Dilihat Memakainya

Sejak Meghan Markle dan Putera Harry mendedahkan hubungan romantis mereka pada 2016, pelakon Amerika tersebut terus dilihat sebagai ikon fesyen global.

Tak kiralah bila-bila pun, peminatnya dari seluruh dunia sentiasa menanti kemunculannya di khalayak ramai semata-mata untuk melihat gaya fesyen yang dia peragakan.

Kadangkala mereka nak pastikan jika Meghan mengikuti protokol fesyen diraja. Maklumlah, Meghan dah beberapa kali melanggarnya.

Tapi selalunya para peminat ini nak tengok supaya mereka boleh beli apa yang Meghan pakai untuk simpanan sendiri.

Dengan citarasa classy dan uniknya, Meghan telah meninggalkan impak yang besar dalam industri fesyen terutamanya untuk designer baru yang dia highlight secara tak langsung.

Di sekitar majlis perkahwinannya, kesemua designer utama yang pernah menjadi menyumbang kepada gaya fesyen Meghan telah melihat peningkatan besar dari segi trafik pencarian online untuk produk mereka.

Pencarian bagi dress jenama Stella McCartney yang telah menyediakan gaun untuk majlis resepsi perkahwinan Meghan, meningkat sebanyak 3,000 peratus! Givenchy, yang design wedding dress Meghan, pula meningkat sebanyak 61 peratus.

The Meghan Effect

Walau bagaimanapun, bukan gaun-gaun perkahwinan Meghan saja yang mendapat perhatian. Sebuah beg silang yang dia pakai untuk beberapa kali telah sold out, dan akhirnya kini ada 3,000 orang yang telah membuat tempahan. Gilalah!

Ingat tak kot putih yang Meghan pakai ketika mengumumkan pertunangannya dengan Harry? Jenamanya Line The Label telah menukar nama item pakaian tersebut ke “The Meghan”.

Hebat, kan? Fenomena ini pun telah diberi nama “The Meghan Effect”. Ia juga akan menyumbang sebanyak 150 juta Pound Sterling kepada ekonomi Britain.

“Gayanya bersahaja dan mudah didapati,” kata Christine OBrien-Ross yang mengendalikan Meghan’s Mirror, sebuah laman web yang mendokumenkan gaya fesyen Meghan.

“Saya tak mampu nak pakai gaun Jenny Packham (kegemaran Kate Middleton) serta kasut satin, tapi saya boleh pakai boots dari Nordstrom dan seluar jeans koyak.”

Tambahan pula, impak Meghan dirasai apabila public figure ini menyerlahkan fesyen yang mesra-alam. Dia telah membuktikan yang anda tetap boleh beretika ketika berfesyen.

Di bawah ini adalah pelbagai item pakaian yang kerana Meghan, ia telah sold out untuk 2018.

Pencil skirt oleh Hugo Boss; beg tangan satin oleh Gabriela Hearst; kot cashmere oleh Emporio Armani

Foto: Samir Hussein/Samir Hussein/WireImage

Ankle boots baldu hitam oleh Tabitha Simmons

Foto: Chris Jackson/Chris Jackson/Getty Images

Kot berwarna cream oleh Amanda Wakeley; beg satchel Mulberry

Foto: Daniel Leal-Olivas/AFP/Getty Images

Beg crossbody oleh Strathberry; jaket Burberry

Foto: Samir Hussein/Samir Hussein/ WireImage

Inilah beg silang yang kini ada 3,000 tempahan itu!

Dress oleh Karen Gee, designer dari Australia

Foto: Phil Noble/PA Wire

Kalau nak, anda boleh buat tempahan untuk dress ini dengan harga $1,285.

“Pineapple Dress” oleh Reformation

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Kaca mata hitam Illesteva

Foto: Dominic Lipinski/PA Wire

Inilah sunglasses kegemaran Meghan. Ia juga datang dalam warna lain.

Puffer jacket oleh Norrøna; jeans hitam oleh MOTHER; kasut Starling oleh Birdies

Foto: PHIL WALTER/AFP/Getty Images

Jaket itu Harry yang punya, tapi Meghan pinjam. Tetap stailo!

Blazer oleh Serena; ankle boots suede oleh J.Crew

Foto: Samir Hussein/WireImage

Blazer yang chic ini datang dari jenama milik BFF Meghan iaitu pemain tenis wanita tersohor Serena Williams. Mestilah kena support!

Seluar jeans Meghan pula adalah dari jenama eco-friendly Outland. Ia telah menyaksikan peningkatan dari segi online traffic sebanyak 3,000 peratus. Dengan itu, syarikat ini berupaya untuk mengupah 30 tukang jahit baru di lokasi pembuatannya di Kemboja.

Rain Boots kalis air oleh Muck

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Midi dress oleh Roksanda Ilinčić, designer dari Britain

Foto: Pool/Samir Hussein/WireImage

Sleeveless trench dress oleh Nonie

Foto: Dominic Lipinski/PA Wire

Item ini pun ada waiting list!

Cary dress oleh Veronica Beard

Foto: Phil Noble/PA Wire

Tailored suit oleh Alexander McQueen

Foto: Ben Stansall – WPA Pool/Getty Images

Walaupun setahun telah berlalu sejak Meghan memakai suit ini, ia masih sold out.

Sheath dress oleh Brandon Maxwell; subang dengan tiga berlian oleh Adina Reyter

Foto: YUI MOK/AFP/Getty Images

Sekali sekala Meghan suka pamerkan rupa fesyen berwarna terang. Ramai yang setuju bahawa ini merupakan gaya penampilan Meghan yang terbaik untuk tahun ini.

Sumber: E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 13 Dec 2018

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!

Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Featured Fri, 15 May 2020
Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Aura Dewasa Dalam Rekaan Kurung Kanak Kanak Cetus Impak Glamorous Buat Si Pemakai Cilik

Koleksi yang biasanya digayakan orang dewasa, kini turut tersedia untuk golongan kanak-kanak.

Oh Lawa Wed, 2 May 2018

4 Tip Menggayakan Jumpsuit Untuk Wanita Berhijab. Pasti Stailo!

Teringin nak pakai jumpsuit tapi tak berani? Ikuti 4 tip ini.

Featured Fri, 23 Feb 2018

Lipstick Anda Patah Dua? Ini Cara Mudah Untuk ‘Cantumkan’ Semula Guna Lighter

Nak pilih lipstick yang perfect punyalah susah! Jadi kalau ia patah, mesti anda akan fikir dua tiga kali untuk buang atau simpan; lebih-lebih lagi kalau anda telah mengeluarkan wang yang banyak untuknya.

Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Paha & Punggung Besar? Ketahui Punca Kepada Permasalahan Ini

Lebih senang untuk mengurangkan lemak di bahagian paha berbanding lemak di bahagian perut.

Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

Oh Lawa Mon, 27 May 2019

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Saksikannya di Astro Ria untuk mendapatkan panduan kecantikan ala Korea!

error: Content is protected !!