Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin May 2, 2018 @ 1:19pm

4 Tip Menggayakan Jumpsuit Untuk Wanita Berhijab. Pasti Stailo!

Adakah anda pernah memakai jumpsuit? Bagi anda yang memiliki tubuh badan yang tinggi lampai pasti cantik menggayakan jumpsuit ini. Kalau kita lihat, fesyen jumpsuit kian mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen termasuklah wanita berhijab.

Mungkin ada dalam sesetengah wanita berhijab yang kurang berani untuk menggayakan jumpsuit ini, tapi percayalah apabila anda memakainya pasti cantik! Bagi anda yang berhijab jangan risau, penulis akan senaraikan 4 tip bagaimana untuk anda berjumpsuit tetapi masih menutup aurat.

1. Padanan cardigan

Foto: Just Trendy Girls

Sekiranya anda ingin memakai jumpsuit yang tidak berlengan, anda boleh memakai cardigan sebagai salah satu cara untuk menutupi bahagian lengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah cardigan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh anda.

Kalau anda tidak suka mengenakan cardigan, pilih jumpsuit yang berlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.  

2. Pemilihan warna

Foto: Ide Model Busana

Kalau anda nak tahu, pemilihan warna adalah sangat penting kerana warna memberi impak pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit pula, anda boleh memilih warna gelap seperti black, dark brown, marron dan blue black.

Warna-warna gelap ini tidak akan menampakkan bentuk tubuh badan anda, sama ada anda kurus ataupun gemuk, warna gelap ini mampu menutup ‘cela’ pada tubuh anda. Selain itu, jika anda meminati warna-warna pastel, pastikan warna pastel yang bercorak dan bukannya yang kosong.

3. Aksesori

Foto: The Best Fashion Blog

Anda juga boleh memakai aksesori seperti rantai panjang dan gelang manik. Pemakaian aksesori ini akan menambahkan seri pada penampilan anda supaya tidak terlalu kosong.

4. Saiz

Foto: Just Trendy Girls

Pemilihan saiz adalah penting! Anda perlu mengelakkan daripada memilih saiz jumpsuit yang hanya muat pada saiz tubuh anda. Adalah lebih baik anda memilih saiz jumpsuit yang sedikit besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan anda tidak akan merasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat.

Selain itu, anda juga perlu memilih potongan kaki pada seluar yang besar supaya nampak lebih loose dan secara tidak langsung memudahkan pergerakan anda.

Bagi anda yang masih belum berani untuk menggayakan jumpsuit ini, mungkin lepas ini anda boleh ubah cara penampilan dengan mengenakan jumpsuit. Kelainan ini pasti akan dipuji oleh rakan-rakan anda di tempat kerja. Percayalah, dengan menggayakan jumpsuit dengan cara yang betul akan menjadikan gaya muslimah anda menjadi lebih stailo dan trendy! Tak percaya cubalah!

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Mar 2020

Mahu kening bayi cantik bila besar, ikuti panduan ini

Mudah sahaja, lagipun guna bahan semula jadi

Oh Lawa Mon, 3 Jun 2019

Ini 4 jenis beg tangan yang golongan wanita wajib ada

Demi sebuah beg, hutang puluh ribu pun wanita sanggup.

Featured Thu, 7 May 2020
Featured Fri, 9 Aug 2019
Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal

Featured Tue, 4 Dec 2018

Gara-Gara Pewarna Rambut, Wajah Wanita Ini Bengkak Teruk!

Nak cantik punya pasal, muka sampai jadi bengkak!

Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Rawat Mata Panda Anda Dengan Minyak Kelapa Dara & Serbuk Kopi. Mujarab!

Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk skrub muka dan badan.

error: Content is protected !!