Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar September 27, 2019 @ 6:50pm

Kasut sniker ‘nasi lemak’ lambang perpaduan negara

Sajian paling popular Malaysia, nasi lemak menjadi ilham untuk hiasan himpunan kasut sniker tempatan pertama Asics Malaysia menerusi jenama Gel-Kayani 5 OG hasil kerjasama dengan pasar raya Hundred% dan SneakerLAH.

Penggunaan warna yang sinonim dengan nasi lemak menjadikan kasut sniker edisi terhad Asics Malaysia itu lebih berjiwa tempatan, namun tetap menyerlahkan gaya antarabangsa.

Asics Malaysia lancar kasut sniker edisi terhad yang diilhamkan daripada keunikan nasi lemak. Gambar Asics Malaysia

Pengurus Negara Asics Malaysia, Boon Tib Soom Nik, berkata edisi khas kasut sniker GEL-Kayano 5 itu menggambarkan keunikan perpaduan masyarakat di Malaysia yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum.

“Kami menggemari rekaan kasut sniker ini kerana ia diilhamkan daripada nasi lemak yang juga makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama.

“Menerusi himpunan nasi lemak ini, kami juga ingin berkongsi perpaduan yang dikecapi di negara ini dan ingin menyebarkan kasih sayang ke seluruh pelusuk dunia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Rekaan edisi terhad kasut sniker nasi lemak Asics itu itu dihasilkan menggunakan warna seperti merah yang menggambarkan sambal, putih (nasi), hijau (timun), kuning (telur) dan sentuhan akhir berwarna coklat yang mewakili kacang goreng serta ikan bilis goreng merubah rekaan popular Gel-Kayano 5 OG yang berasaskan gaya retro.

Penggunaan warna seperti merah, kuning, putih dan hijau menggamabrkan setiap bahan dalam nasi lemak. Gambar Asics Malaysia

idatangkan dalam satu rekaan sahaja, namun motif yang melambangkan nasi lemak itu menggunakan kesemua warna yang sinonim dengan sajian kegemaran rakyat Malaysia itu.

Edisi terhad itu hanya boleh didapati dalam 500 pasang sahaja pada harga RM599 di pameran kasut sniker terbesar di Malaysia, SneakerLAH 2019.

SneakerLAH akan berlangsung di Pusat Konvensyen Mid Valley Kuala Lumpur pada 5 hingga 6 Oktober 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jun 2024

Dilabel Tak Sensitif Isu Ustaz Direhatkan, Nabil Ahmad Tampil Mohon Maaf – “Saya Akan Cuba Lebih Berhati-Hati”

Setiap manusia melakukan kesilapan kan… Harap apa yang berlaku dijadikan pengajaran😎

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?

Featured Wed, 13 Nov 2024

Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi

Penat selalu menjadi pilihan kedua dalam hubungan, Nadia Brian mahu lelaki yang bertanggungjawab.

Events Thu, 15 Aug 2024

Siti Nurhaliza Penyanyi Wanita Solo Yang Bakal Beraksi Di Hausboom Music Festival 2024

Wah, tak sabar nak tengok TokTi perfom!❤️❤️❤️

Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Mon, 10 Nov 2025

“Saya Tak Dengar Awak Minta Maaf Lepas Maki Ibu Dia” – PA Dr. Fie Bersuara! Perjelas Situasi Sebenar Isu Babitkan Orang Ketiga

pembantu peribadinya tampil membuka mulut dan mendedahkan situasi sebenar di sebalik kontroversi yang berlaku.

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020

Video resipi masak lemak cili padi ketam ‘cium leher’ Elly Mazlein

Alahai ‘sweetnya’ suami Kak Lina Pom Pom

Featured Fri, 4 Jul 2025
error: Content is protected !!