Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2022 @ 3:21pm

“Semua Orang Berkahwin Untuk Cari Kebahagiaan Tapi…”- Selepas 4 Tahun, Shila Amzah Kini Sah Bercerai

Penyanyi Shila Amzah akhirnya mengesahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung.

Berita itu dikongsi penyanyi ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Selasa.

“Alhamdulillah, case sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi seth sampai bila-bila. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 31, bersyukur kerana urusan perceraiannya ini berjalan dengan lancar.

Malah, pasangan ini juga berjanji untuk menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang buat anak tunggal mereka, Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun.

“Tak ada orang berkahwin dalam dunia ni memilih untuk bercerai…”

Selain itu, Shila juga dilihat memuat naik hantaran menerusi Insta Story milikny asebaik sahaja kes perbicaraan selesai.

“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan dan tak ada lah orang kat dunia ni berkahwin sebab nak berpisah.

“Apa sahaja kemungkinan dan juga apa juga kemudaratan yang berlaku ke atas diri kita, pasti ada hikmah dia.

“So, let’s move on and live our life top the fullest. Dan semoga masa hadapan ni akan menjadi lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Shila dan Haris Idraki telah mendirikan rumah tangga pada 19 April 2018 dan pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jan 2026

“Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Fazura membalas ciapan peminat yang meminta agar koleksi beg tangan dikeluarkan dalam kuantiti banyak

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Ada Peminat Kritik Romansa Kita Tak Sedap, Ini Respons Siti Nurhaliza

Amboiiiiii, siapa yang komen tak sedap tu? 😌 Min dengar best je lagu Romansa Kita ni

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

《双世宠妃2》与《千年来说对不起》演员来马宣传

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》中国演员和《千年来说对不起》新加坡演员将来马宣传,与剧迷粉丝们一起同欢共乐!

Trending Fri, 14 Aug 2020
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Elvina Mohamad Mula ‘Peka’ Siapa Kawan Siapa Lawan

Ada yang meminta saya meninggalkan suami selepas apa yang berlaku sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar. Aduhai…kenapa sampai begitu sekali. Perlu ke seorang kawan berbuat macam itu?

Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

error: Content is protected !!