Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2023 @ 5:17pm

Muat Naik Foto Cincin, Syafiq Kyle Dah Merisik Mimi Lana

Pasangan pelakon sama cantik, sama padan Mimi Lana dan Syafiq Kyle seakan-akan memberi ‘hint’ mereka melangkah ke fasa seterusnya apabila kedua-duanya memuat naik hantaran di Instagram masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28, memuat naik foto cincin yang dipegang oleh Syafiq Kyle dan membuat hantaran semula di Instagram Stories (IGS) miliknya beserta tarikh 21.01.2023 bersama muzik latar lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri.

Sementara itu, Syafiq menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi turut memuat naik fotonya bersama Mimi beserta kapsyen ‘counting days’.

 

Memetik laporan Harian Metro, pengurus Mimi, Iman Tang mengesahkan keluarga Syafiq telah merisik Mimi.

“Hari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,” kata Iman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Sebelum ini, Syafiq Kyle memaklumkan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, namun mereka masih belum boleh memaklumkan kepada umum tarikh hari bahagia memandangkan proses persiapan masih berjalan.

“Alhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

“Insya-Allah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana la bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insya-Allah, tahun inilah,” katanya.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur itu juga bersyukur dan lega apabila segala persiapan wajib sudah selesai dilakukan.

“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.

“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pasangan berkenaan mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Feb 2021

Vaksin Covid-19 : Malaysia BUKAN Mangsa Uji Kaji

Ingat! jangan takut untuk mendapatkan vaksin

Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Masa Kahwin Pun Tak Peduli, Dah Cerai Lagi Lepas Tangan” – Abby Abadi Luah Realiti Ramai Ibu Terpaksa Hadap

Menurut Abby, soal nafkah anak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana setiap tanggungjawab yang diabaikan akan dipersoalkan kelak.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] Ramai Minta Tips Untuk ‘Push’, Elfira Loy Kongsi Proses Bersalin Anak Kedua – “Ambil Epidural Sebab..”

Mak aih, tenangnya Elfira masa bersalin anak kedua 🥵 Alhamdulillah dipermudah segalanyaa fuhh

Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Hiburan Wed, 29 Mar 2023
error: Content is protected !!