Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana March 29, 2023 @ 4:13pm

Kolaborasi Nabila Razali Dan Adi Priyo Jadi Hadiah Buat Peminat

Nabila Razali dan Adi Priyo mengubat hati peminat mereka dengan melancarkan single baru mereka, Tulus.

Menurut Adi yang juga merupakan vokalis kumpulan 6ixth Sense, projek istimewa ini merupakan hadiah untuk peminat yang lama menantikan buah tangan terbaharunya.

Beliau juga bersyukur kerjasama pertama dengan Nabila Razali berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Ini hadiah saya untuk mereka. Saya harap peminat dapat menerima lagu ini sama seperti karya-karya sebelum ini, “ katanya.

Menurut Nabila, Adi merupakan salah seorang penyanyi yang dia ingin berduet kerana lagu yang dinyanyikan Adi sangat meruntun jiwa.

“Saya harap lagu tulus kali ini ada rasa yang sama dengan lagu Adi sebelum ini.” kata Nabila.

Lagu tulus merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Aiman Sidek dan turut dipilih menjadi runut bunyi bagi drama yang sedang ditayangkan di slot Samarinda di TV3, Bukan Puteri Lindungan Bulan (lakonan Janna Nick dan Hisyam Hamid).

Drama tersebut merupakan adaptasi dari sebuah novel terlaris pada tahun 2002 oleh novelis
Liana Afiera Malik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Apr 2022
Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Tak Kesah Pun Betis Besar, Janna Nick Kasi Jawapan Pedas Buat Netizen

Tidak mudah melatah, Janna Nick beri komen balas buat netizen kaki kutuk

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Trending Sat, 18 Nov 2017

Iqram Tak Kesah Dikecam

Siapa tak kenal Iqram Dinzly? Kemunculan jejaka ini serinkali mendapat perhatian netizen yang seolah-olah bersedia untuk mengkritik setiap pergerakaannya. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia menerima apa sahaja kecaman tetapi terkilan apabila dikatakan jahil […]

Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Contest Wed, 16 Oct 2019

#xtragiveaway Air Supply: The Lost in Love Experience in Genting 2019 Ticket Contest

Don’t miss the golden chance to win free tickets to see the legendary rock duo Air Supply in Genting this December!

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Mon, 8 May 2023

Beli Rumah Jutaan Ringgit, Nabila Razali Akui Tahan Nafsu Berbelanja

Tahniah Bella! Cantik bethul rumah💖💖💖

error: Content is protected !!