Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Putri November 18, 2017 @ 5:19pm

Iqram Tak Kesah Dikecam

Siapa tak kenal Iqram Dinzly? Kemunculan jejaka ini serinkali mendapat perhatian netizen yang seolah-olah bersedia untuk mengkritik setiap pergerakaannya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia menerima apa sahaja kecaman tetapi terkilan apabila dikatakan jahil agama.

“Saya tidak risau kerana tahu apa yang dilakukan. Cuma, saya marah apabila persoalan agama menjadi perbahasan. Mereka menghukum seolah-olah saya terlalu jahil. Ada yang lebih jahat apabila mengatakan saya mengamalkan ajaran sesat. Saya tidak boleh terima tuduhan itu,” katanya yang memilih untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.

Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi drama Janji Diana pada 2006 itu berkata, selama ini, dia jarang menonjolkan sisi peribadinya.

“Ramai yang menganggap saya seperti orang tidak betul apabila memuat naik video sedang menari. Ada yang mempertikai mengenai aurat, sedangkan saya hanya menari tanpa baju. Jadi, apa masalahnya di situ kerana saya masih menjaga aurat?

“Sejak kecil, saya sudah didedahkan dengan seni tari tetapi tidak pernah menonjolkan kelebihan itu kepada umum. Arwah bapa adalah pemain muzik Kumpulan The Songkets dan memiliki studio muzik, Dinzly Studio di Ipoh.

“Sejak kecil, saya sering mengikut arwah bapa dan kakak pusing seluruh negara membuat persembahan. Mereka juga pernah ke Jepun dan Indonesia mewakili Perak. Saya sudah selalu mengikut mereka menjalani latihan, jadi di mana silapnya apabila saya menonjolkan skil itu?,” katanya kebingungan.

Ketika masih bersedih dengan kehilangan arwah bapanya, pelakon filem dan Rasuk itu terpaksa bertahan apabila dilempar pelbagai tuduhan melukakan. Iqram berkata, ramai yang melihat betapa dia kuat kerana masih boleh tersenyum.

“Saya menangis tiada siapa yang tahu. Saya dikatakan gila dan tiada adab apabila bergambar sedang berbaring di pusara arwah abah. Saya terlalu merinduinya. Kehilangannya begitu dirasai kerana selama hampir tiga setengah bulan saya menjaganya.

“Saya tidak pernah meninggalkannya sejak arwah terkena serangan angin ahmar pada Ramadan lalu, Takdir Tuhan, saya tidak ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir kerana berada di ibu kota,” katanya.

Iqram berkata, dia sepatutnya pulang pada awal pagi 10 Oktober lalu, namun tertidur kerana kepenatan.

Sebaik sahaja bangun, Iqram melihat banyak panggilan yang diterima. Arwah ayahnya terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi pada subuh hari itu.

Iqram mengakui, agak terkilan kerana tidak sempat menguruskan jenazah arwah ayahnya kerana tiba di kediaman keluarganya agak lewat.

“Saya terpaksa kembali ke ibu kota kerana perlu bekerja. Saya pulang dengan kereta tanpa sempat diselenggara kerana tiada wang. Saya hanya tawakal sepanjang perjalanan. Mujur dalam perjalanan itu, ada insan berhati mulia yang sedia membantu.

“Saya berterima kasih kerana Allah tidak membiarkan saya bersendirian ketika dalam kesusahan,” katanya yang sebelum ini kehilangan kakaknya yang menghembuskan nafas terakhir pada 2003 kerana strok haba.

Semoga Iqram tabah menjalani hari-hari mendatang. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Sep 2024

Tak Simpan Dendam, Yusof Haslam Syukur Kepulangan Syamsul Bukti Doa Termakbul… Pulang Tanpa Paksaan  – “Macam Mana Pun Dia Tetap Anak Kami”

Ibu bapa mana yang tak happy bila anak kesayangan mereka dah pulang ke pangkuan keluarga❤️❤️❤️

Hiburan Sun, 31 Dec 2023
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Nabila Razali Terima Permohonan Maaf Individu Gelar ‘Chipmunk’ Secara Berhadapan – “Mungkin Dia Terlalu Teruja Atau…”

Nabila Razali berkata, individu berkenaan menghubunginya melalui mesej peribadi selepas dia berkongsi pengalaman di Threads.

Trending Thu, 26 Apr 2018

Bersolat Dalam Kereta. Fathia Lakukan Kerana Allah SWT, Tiada Sangkut Paut Dengan Manusia

Satu demi satu kontroversi melanda pelakon Fathia Latiff sejak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang. bersolat dalam kereta. 

Featured Tue, 13 Sep 2022
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Netizen Serang Instagram ND Lala Soal Perbalahan Keluarga, Respons Tuan Badan Seakan Tidak Peduli?

Hmm apa kata ND Lala? Semoga dipermudahkan segala urusan mereka

Replicated Draft Tue, 12 Mar 2024

Dah Tak Payah Moreh Di Mamak, Buat Sendiri Je Teh Tarik Kaw & Padu Bersama Jom Teh!

Bulan Ramadan dan Syawal antara bulan paling dinantikan ramai. Kena kawal kesabaran menahan lapar dan dahaga. Kalau tekak craving sangat teh tarik, mesti korang akan ajak keluarga atau kawan-kawan moreh kat kedai mamak kan? Maklum […]

error: Content is protected !!