Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2024 @ 2:17pm

Menangis Ramai Bantu Buat Persiapan, Elfira Loy Kongsi Perasaan Gembira Bakal Tunai Ibadah Haji – “Masih Tak Percaya”

Pelakon, Elfira Loy sebak apabila ramai orang disekelilingnya membantunya menyediakan segala keperluan untuk menunaikan ibadah Haji.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Elfira tidak dapat menahan tangisan setelah mengenangkan insan-insan yang banyak membantunya itu.

“Hari ini hari pertama saya cuba baju-baju untuk ibadah Haji yang orang bagi.

“It is so overwhelming, ramai sangat yang tolong saya.. siapkan baju, hantar tudung semua. Saya sangat terharu, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Di ruangan kapsyen, Elfira mengatakan dia masih tidak percaya dikurniakan rezeki untuk menunaikan ibadah Haji.

“Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Saya pun di fasa tak percaya. Doakan saja baik-baik,” katanya.

@justelfiraloy

Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin ad ayanh tahu , mungkin ada yang taktahu. Tapi saya pun masih di fasa tak percaya. Doakan saja baik baik dulu.

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan kata syukur dan tahniah kepada aktres ini kerana dijemput oleh Allah SWT untuk membuat ibadah Haji disaat usianya masih muda.

Artikel Berkaitan: “Nanti D*jal Muncul, Tak Tahulah Keliru Dia Macam Mana” – Elfira Loy Gesa Rakan Artis ‘Lepaskan’ Kontrak Babitkan Produk Z**nis, Yakin Rezeki Datang Dari Allah 

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Hadiri Kursus Pengurusan Jenazah, Elfira Loy Syukur Diberi Kesedaran… Netizen Komen: “Ilmu Macam Ni Lah Kita Kena Cari”

Artikel Berkaitan: Pakai Tudung Kuning Terang, Elfira Loy Seloroh Diri Tetap Cantik Tak Nampak Seperti Bibik – “Tachood”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

忘拉手煞爱车被风吹跑「自动倒退还会转弯」

买个东西出来车就不见了?山东省青岛市黄姓男子本月6日开车前往当地某购物中心血拼,没想到30分钟后出来爱车却消失无踪,以为是遇上偷车贼急得打电话报警,结果警员调阅监视器画面一看……

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Tak Ada Manusia Nak Kahwin Dan Lalui Perceraian”- Azza Elite Kongsi Cerita Sebaik Bercerai

Pelakon dan juga anggota Kumpulan Elite, Azza meluahkan rasa sebak apabila mengetahui mengenai perceraian rakan artis baru-baru ini.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Farah Nabilah Sah Milik Amirul Yunus Dengan Sekali Lafaz!

Wah! RM11,111,11 bagi setiap tahun perkenalan?

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!