Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 16, 2024 @ 11:39am

“Nanti D*jal Muncul, Tak Tahulah Keliru Dia Macam Mana” – Elfira Loy Gesa Rakan Artis ‘Lepaskan’ Kontrak Babitkan Produk Z**nis, Yakin Rezeki Datang Dari Allah 

“Terang-terang Yahudi ni Allah tak suka, jadi kenapa kita nak okay kan”.

Demikian luahan pelakon Elfira Loy terhadap gerakan boikot yang dilaksanakan netizen Malaysia sehingga menjadi topik perbualan hangat sejak akhir-akhir ini.

Kata Elfira, gerakan memboikot produk keluaran zionis ini wajar dilaksanakan bukan sahaja dalam kalangan selebriti, tetapi oleh semua pihak yang terlibat.

Bahkan, dia memaklumkan adalah tidak wajar menggunakan alasan bahawa rezeki diperolehi menerusi kempen-kempen jenama tersebut.

“Jadi dengan puak macam ni ke nak ambil mudah sahaja. Terang-terang Y*hudi ni Allah SWT tak suka. Kalau Allah tak suka kenapa kita nak okay kan?

“Kalau tahu rezeki datang dari Allah SWT, learn to let go. Percayalah Allah akan bagi yang lebih baik,” ulasnya.

Sementara itu, Elfira juga kesal dan berasa takut apabila isu boikot ini sahaja mampu mengelirukan semua pihak apatah lagi ada segelintir individu yang ‘berperang’ di media sosial semata-mata berbahas mengenai isu ini.

Mengulas lanjut, ibu kepada dua cahaya mata turut menegaskan, tindakan boikot ini adalah pilihan masing-masing, namun dia mengambil peluang menyuarakan pendapatnya apabila dia sendiri pernah dikritik mengenai isu sama sebelum ini.

“Macam-macam sekarang pasal boikot pun dah buat orang confuse sama ada nak boikot atau tidak. Nanti dajal keluar tak tahulah keliru dia macam mana.

“Sepuluh kali fikir nak cakap atau tidak, tapi cakap sahaja lah… Dulu ada orang cakap macam ni dekat saya. Itu yang membuatkan saya sedar akan kepentingan boikot,”ujarnya.

Elfira berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story nya baru-baru ini.

Terdahulu, gerakan #Blockout2024 menjadi sohor kini di platform X bertujuan memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk Zionis.

ARTIKEL BERKAITAN:Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

ARTIKEL BERKAITAN:Lantang Bersuara Isu #Blockout2024, Naim Daniel Terima Komen Kesat, Diancam & Ibu bapa Dihina -“Apakah Dihalalkan Untuk Mencaci Maki Tanpa Usul Periksa?”

ARTIKEL BERKAITAN:”Kau Suruh Orang Boikot, Tapi Kau Jatuh Hukum Sendiri Macam Tak Belajar Adab” – Netizen Bengang, Dakwa Naim Daniel Pertahan Rakan Artis Isu #Blockout2024

ARTIKEL BERKAITAN:“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Apr 2025

Siti Nurhaliza Sedia Berbincang, Isu 11 Lagu Dalam Simpanan Syarikat Rakaman Lama Bukan Masalah

Jika pihak SRC mahu merakamkan semula lagu tersebut dengan penyanyi lain, Siti tak ada  masalah.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!

Featured Wed, 25 Jul 2018

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Pengaliran darah secara mendadak di bahagian kepala menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Fri, 3 Dec 2021
error: Content is protected !!