Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 6, 2025 @ 3:48pm

[VIDEO] Anak Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Belajar di Luar Negara, Teruskan Legasi Allahyarham Akiko

Sky Taizo Okumura, anak kepada usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura, bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam beberapa tahun akan datang.

Hasrat ini lahir daripada keinginannya untuk berdikari dan mencontohi ibunya, Allahyarham Akiko Okumura.

“Saya mahu menyambung pelajaran ke luar negara dan yakin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, kita mampu mencapainya. Saya perlu berusaha lebih keras dan fokus pada pembelajaran saya.

“Sebelum ini, ibu melakukan segalanya, sementara saya hanya bersantai. Kini, saya harus belajar menguruskan semuanya sendiri, termasuk memasak. Sudah tiba masanya untuk saya berubah,” jelas Sky dengan penuh tekad.

Namun, Ridzuan dilihat kurang bersetuju dengan keputusan tersebut, memandangkan mereka baru sahaja kehilangan Akiko.

“Awak tak boleh belajar di luar negara, perlu tinggal di Malaysia. Kalau awak pergi, tak kesiankan daddy (Ridzo)?

“Daddy baru kehilangan mommy (arwah Akiko), dan kalau awak tiada, macam mana dengan daddy?”* luahnya dengan rasa berat hati.

Meskipun begitu, Sky tetap berpegang pada pendiriannya, percaya bahawa ini adalah langkah terbaik untuk dirinya dan juga untuk meneruskan legasi ibunya.

Sebelum ini, Ridzuan akhirnya mendedahkan punca pemergian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura yang difahamkan telah terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka.

Pada hari Jumaat yang lalu, Ridzuan berkongsi berita duka mengenai pemergian isterinya tersayang.

Jenazah Allahyarham Akiko Okumura telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada pagi Sabtu.

Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam, terutama kepada suami serta anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Ridzuan dan Akiko, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009, kini menghadapi Ramadan yang berbeza tanpa kehadiran dan kasih sayang insan tersayang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Nov 2024

Mengaku Ada Teman Rapat, Alif Hadi Belum Sedia Jalin Hubungan Cinta – “Tiada Siapa Boleh Ganti Yasmin Hani”

Alif mendedahkan tidak ada siapa yang boleh menggantikan bekas kekasihnya itu.

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Tue, 19 Dec 2023

“Waktu Saya Pergi, Linda Masih Setia” – Kembali Rujuk Dengan Isteri, Beego Akui Belum Cukup Matang

Tiada siapa yang sempurna kan, yang penting ada usaha nak perbaiki hubungan

Featured Wed, 13 Dec 2023
Featured Tue, 13 Dec 2022
error: Content is protected !!