Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2024 @ 1:12pm

Lantang Bersuara Isu #Blockout2024, Naim Daniel Terima Komen Kesat, Diancam & Ibu bapa Dihina -“Apakah Dihalalkan Untuk Mencaci Maki Tanpa Usul Periksa?”

Susulan kelantangannya menyuarakan pendapat mengenai gerakan #Blockout2024 baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Naim Daniel sekali lagi menerima kritikan pedas malah dihina dan diancam oleh beberapa individu menerusi platform media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kau Suruh Orang Boikot, Tapi Kau Jatuh Hukum Sendiri Macam Tak Belajar Adab” – Netizen Bengang, Dakwa Naim Daniel Pertahan Rakan Artis Isu #Blockout2024

ARTIKEL BERKAITAN:“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Kesal dengan tindakan sedemikian, Naim sekali lagi menegaskan, bahawa dia tidak pernah lupa mengenai kezaliman yang berlaku terhadap penduduk di negara bergolak itu.

“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya, apakah diHALALkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa ATAS NAMA BOIKOT?

“Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga manusia.

“Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam.

“Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudara mara sedarah seagama di Palestin sana,” ulasnya.

Pelantun lagu Sumpah itu juga menambah, dia tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.

“Saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.

“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan, saya berpesan supaya tidak bersifat “Ghuluw” atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan;

“Saya dikatakan “terpaling”. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya,” jelasnya.

Sementara itu, dalam hantaran sama juga, Naim kelihatan berkongsi beberapa tangkap layar berupa komen kesat yang ditinggalkan warganet terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

 

Tidak habis disitu, Naim juga didakwa telah membuat laporan polis berkenaan beberapa komen bersifat ancaman yang diterimanya menerusi foto yang dikongsikan di Instagram Story nya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Sophia Albarakbah Gementar Bergandingan Dengan Remy Ishak – “Dia Nampak Sangat Tegas!”

Sophia Albarakbah gementar mahu bergandingan dengan Datuk Remy Ishak.

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Trending Thu, 18 Jun 2020
Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Pelakon Bukan Melayu Kena Usaha Lebih” – Elizabeth Tan Kongsi Tip Bertahan Lama Dalam Industri

Elizabeth Tan beri tip pada pelakon bukan Melayu untuk kekal lama dalam industri.

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Isteri Baim Wong Hamil Anak Pertama?

Doakan ya semoga impian untuk melihat Bapau (gabungan Baim dan Paula) junior terlaksana.

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Anzalna Nasir Terharu Anak Jadi Imam Solat Hajat Global Sumud Flotilla

Anak Anzalna Nasir jadi imam Global Sumud Flotilla

error: Content is protected !!