Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2024 @ 5:40pm

“Kau Suruh Orang Boikot, Tapi Kau Jatuh Hukum Sendiri Macam Tak Belajar Adab” – Netizen Bengang, Dakwa Naim Daniel Pertahan Rakan Artis Isu #Blockout2024

Susulan isu boikot dan gerakan #Blockout2024 yang kini menjadi sohor kini di platform media sosial, penyanyi dan pelakon Naim Daniel antara yang menjadi perhatian.

Ia susulan, tindakan Naim yang memuat naik hantaran menyelar tindakan segelintir individu yang menjatuhkan hukum terhadap orang lain dalam isu tular tersebut.

Katanya, meminta orang lain untuk melakukan boikot, namun menghina dan menjatuhkan hukum terhadap orang lain yang tidak berbuat demikian sama seperti tidak belajar adab dalam beragama.

“Pung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam.

“Tapi kau jatuhkan hukum sendiri, hina orang yang tak atau belum berbuat demikian macam kau tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau. Bocor ke tak bocor Islam kau?

“Semoga kita tidak berada dalam golongan ‘terpaling’,” kongsinya.

Perkara itu dimuat naik Naim menerusi ciapan di platform X miliknya.

Seolah-olah tidak berpuas hati dengan kenyataan diberikan penyanyi itu, rata-rata warganet berasa kesal dan marah dengan ciapan tersebut.

Malah, ramai yang mendakwa, Naim berbuat demikian demi mempertahankan rakan artis yang terlibat dalam mempromosikan produk yang menyokong tindakan zionis.

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, ciapan tersebut telahpun dipadam pelantun lagu Sumpah itu beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Terdahulu, pelakon Nadhir Nasar antara yang lantang memberikan pendapatnya mengenai isu #blockout2024.

Menurutnya, warganet mempunyai hak untuk bersuara dan impaknya lebih besar terutamanya berkaitan isu boikot.

Justeru, dia memohon maaf dan mengaku khilafnya dan rakan-rakan selebriti lain apabila masih ada yang ‘terikat’ dengan kerja teruatamanya dalam mempromosikan produk zionis.

ARTIKEL BERKAITAN:Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Alamak, apa kes ni? 🫢 Jarang jarang min tengok Stacy marah ni 😰 Apapun, moga dipermudah segala urusan 😊

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Don’t Take The Words From Us But Lady Gaga Might Have Been Speaking With Ex-Fiance Again

Are the rumours trumours? Well, we just need to see about that.

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Zul Ariffin Kepit Pinggang Farah. Apa Tandanya?

Walau pun keduanya tidak mengiya atau menafikannya namun daripada gambar yang dimuat naik sudah tentu ada bibit-bibit cinta yang sedang mekar.

Featured Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!