Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 19, 2023 @ 5:00pm

Video Kena Pukul Cecah Tontonan 17.3 Juta, Kak Ogy & Tya Arifin Angkat Kisah Mentua Perangai ‘Hantu’

Video dimuat pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy mengundang pelbagai komen warganet.

Lakonan hebat Ogy sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, begitu juga dengan Tya apabila berjaya memperlihatkan sisi berbeza dirinya dalam berkarya.

Video yang dimuat naik sejak 4 April itu sudah mencecah 17.3 juta tontonan di Instagram Tya yang mana ia antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.

Tya berkata, satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.

“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.

“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.

“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.

Sementara itu, Ogy berkata, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik betul.

“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.

Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara.

Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.

“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.

“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Feb 2021
Featured Sat, 25 Jun 2022

[VIDEO] “Delete Before It’s Too Late” – Individu Rakam Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Ambil Tindakan

Aduh, memang cari pasal lah! Faham teruja tapi janganlah buat tindakan yang memakan diri sendiri 🤦‍♀️

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Wow…Isteri Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Di Rumah!

Alif ni macam mana agaknya bila di rumah ya?

Featured Fri, 20 Jan 2023

Miliki 1.3 Juta Followers, Nadin Amizah Tidak Rasa Zaman Muda Sia-Sia – “Lebih Banyak Berkat Dan Rezekinya…”

Ayu dan bijak berkata-kata.. Tak sabar nak tengok Nadin Amizah beraksi esok!

Trending Sun, 25 Mar 2018

Famous Malaysian YouTuber Jared Lee Diagnosed With Cancer

Cancer is no joke but it shouldn’t be something kept hush hush either. Thank you Jared for speaking out about this.

error: Content is protected !!