Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 28, 2025 @ 12:35pm

[VIDEO] Ina Naim Luah Rasa Rindu, Menangis Allahyarham Suhaimi Saad Muncul Dalam Mimpi 3 Hari Berturut

Penyanyi, Ina Naim tidak menafikan dia merindui suaminya, penyanyi nasyid, Allahyarham Suhami Saad.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Ina atau nama lengkapnya, Nordiana Mohd Naim memaklumkan arwah datang ke dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut.

Jelas Ina, arwah Suhaimi hanya berdiam diri dan tidak bercakap dalam mimpinya itu.

“Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Arwah datang tak bercakap,” katanya.

“Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga. Cuma Khairul kata, ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini,” katanya.

Ina yang tidak menahan sebak akhirnya mengalirkan air mata setelah mengakui dia amat merindukan arwah suaminya itu.

“Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu,” katanya.

@nizarwatie

Bagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad

♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate

Ina dan bekas kumpulan Inteam, Suhaimi Saad berkahwin pada 12 Oktober 2007, namun jodoh mereka tidak panjang apabila Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Pada 8 November 2024, Ina kemudian mendirikan rumah tangga bersama Khairul dalam sebuah majlis diadakan di Kota Tinggi, Johor.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikritik Beri Respons ‘Kasar’ Selepas Pekerjaan Suami Disoal, Netizen Dakwa Perwatakan Ina Naim Berubah 

Artikel Berkaitan: Anak Sulung Ina Naim Menangis Teresak, Syukur Ibu Bertemu Dengan Orang Baik – “Ayah Baru Sanggup Terima…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Jan 2026
#tilljannah Tue, 16 Dec 2025

“Saya Welcome All! Saya Tak Tapis Ikut Bangsa” – Khairul Aming Perjelas Isu Hanya Ambil Pekerja Melayu

Menurut Aming, dia sama sekali tidak menetapkan sebarang tapisan berdasarkan bangsa, sebaliknya…

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Eyka Farhana Menggigil, Bas Pandu Laju Depan Mata – “Saya Sampai Anxiety!”

Eyka Farhana anxiety, menggigil bas bawa pandu laju

Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Kerjaya Pelawak Kian Suram, Fad Bocey Akui Kecil Hati.. Tetap Usaha Cari Peluang Baharu

Fad Bocey reda menerima realiti perjalanan seni pelawak ketika ini dilihat semakin suram berbanding dahulu.

error: Content is protected !!