Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 4, 2026 @ 8:31pm

Kerjaya Pelawak Kian Suram, Fad Bocey Akui Kecil Hati.. Tetap Usaha Cari Peluang Baharu

Pelawak Fad Bocey mengakui reda menerima realiti perjalanan seni pelawak ketika ini dilihat semakin suram berbanding suatu ketika dahulu.

Fad atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 34, berkata lumrah industri hiburan menyaksikan semua penggiat termasuk pelawak, penyanyi dan pelakon akan melalui fasa naik turun seperti roda yang berputar.

“Sebab itu saya pilih nama kumpulan Roda masa masuk sebuah pertandingan lawak tahun lepas dengan Sharif dan Naqiu. Hidup memang begitu, ada masa kita berada di atas, ada masa kita jatuh ke bawah,” katanya kepada XTRA:

Fad ditemui pada Sidang Media Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 di Setia City Convention Centre, baru-baru ini.

Menurut Fad, kitaran pelawak kini seolah-olah kembali berada di fasa yang lebih mencabar, apatah lagi selepas penutupan saluran televisyen bergenre komedi yang sebelum ini menjadi antara platform penting untuk bakat komedi.

“Sekarang ini macam pusingan itu turun semula. Bila stesen itu tutup, kami rasa macam hilang ‘rumah’ untuk berkarya. Jadi kalau tanya saya, kebanyakan pelawak yang saya rapat pun masing-masing cari cara sendiri untuk terus hidup,” ujarnya.

Fad berkata, dia dan rakan-rakan turut mencipta peluang baharu dengan mengusahakan podcast sendiri serta aktif dalam komedi berdiri kerana itu antara ruang yang masih terbuka untuk mereka.

“Kemungkinan besar kami dah kurang muncul di TV. Sejujurnya, sepanjang 14 tahun dalam industri, kini saya boleh kata setahun sekali saja muncul di kaca TV, itu pun kalau masuk pertandingan,” katanya.

Dalam masa sama, Fad tidak menafikan ada ketika rasa terkilan kerana kurang mendapat ruang atau jemputan, termasuk untuk pengiktirafan anugerah.

“Kalau nak cakap kecil hati, memang ada juga rasa itu. Majlis anugerah pun jarang jemput. Tapi saya okey saja, kami tak letak diri sebagai orang yang paling penting. Cuma sekarang situasi dah berubah, pempengaruh pun ramai. Jadi persaingan makin luas dengan muka baharu yang semakin mendominasi,” jelasnya.

Selain bergiat dalam bidang komedi, Fad memaklumkan dia turut mencari rezeki menerusi penyertaan festival jualan anjuran Havoc di pelbagai lokasi.

“Syukur, Havoc ini saya anggap rezeki. Walaupun mungkin tak muncul di TV macam dulu, kami tetap ada perancangan sendiri. Kalau perlu, kami bergerak sendiri, pergi negeri-negeri yang dari dulu menyokong kami,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fad bakal menggalas tugas sebagai pengacara rasmi Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bersama Sharif Zero dan Danial Zaini. Acara itu dijadual berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 12 hingga 16 Mac ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Aug 2019
#SkoolXTRA Tue, 11 Apr 2023
Featured Thu, 11 Jun 2026

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Dukun Muncul Sebagai Filem Terbaik Di ASK 2018

Walau ‘diperam’ sejak 2006, ternyata berbaloi juga akhirnya. Tahniah Dukun!

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

Trending Sat, 20 Feb 2021
Featured Tue, 11 Oct 2022

Diangkat Dari Kisah Benar, Filem Sayap-Sayap Patah Hampir Tidak Diterbitkan

Korang jangan lupa tengok! Sediakan tisu okay..😢

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Terima Bayaran Tak Masuk Akal & Terpaksa Ajar Pelakon Baharu Hayati Watak, Didie Alias Rasa Terhina?

Agak-agaklah nak bayar murah sangat pun. Tak kaji latar belakang artis dulu ke?

error: Content is protected !!