Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 16, 2026 @ 8:00pm

“Tak Anti Lelaki, Cuma Banyak Yang…” – Serah Soal Jodoh Kepada Allah, Madam Mariyah Mahu Fokus Bina Empayar

Pempengaruh dan usahawan, Madam Mariyah belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat meskipun kehidupannya kini semakin stabil dan membahagiakan.

Menurut Mariyah, dia tidak pernah menutup pintu hati terhadap jodoh, namun memilih untuk menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah SWT.

Malah, pengasas Auramaria itu berpendapat masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam sesetengah lelaki sebelum mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.

“Bukan semua lelaki, tetapi kebanyakan yang saya lihat hari ini masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Saya berani cakap begitu berdasarkan apa yang saya sendiri lihat. Apabila pergi ke pejabat agama, saya nampak ramai wanita datang untuk mendapatkan pembelaan dan bantuan.

“Kalau lelaki pula, kebanyakannya datang untuk urusan tertentu seperti melepaskan talak. Itu pandangan peribadi saya berdasarkan apa yang saya lihat sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Mariyah menegaskan pandangannya itu tidak bermakna dia fobia atau anti terhadap golongan lelaki.

“Saya tidak anti lelaki dan bukan juga takut untuk berkahwin.

“Cuma soal jodoh ini saya serahkan kepada Allah. Hati manusia milik Allah. Hari ini mungkin saya kata tidak, siapa tahu suatu hari nanti orang ramai akan menerima kad jemputan perkahwinan daripada saya,” katanya berseloroh.

Menurut Mariyah, anak-anak juga sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat asalkan dia hidup dalam keadaan gembira dan tenang.

“Anak-anak okey sahaja. Mereka selalu kata, kalau ibu mahu berkahwin, berkahwinlah. Kalau tidak mahu pun tidak mengapa.

“Apa yang penting mereka mahu melihat saya bahagia,” katanya.

Setahun selepas melalui episod kehidupan yang menjadi perhatian ramai, Madam kini memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga, pembangunan diri serta perniagaan yang semakin berkembang.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Auramaria, Jus Wanita Che’Tat, Madam dilihat lebih tenang dan ceria berbanding sebelumnya.

Katanya, kisah lalu bukan lagi perkara yang mahu difikirkan kerana fokus utamanya kini adalah untuk membawa jenama Auramaria ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya tidak lagi mahu memikirkan perkara yang sudah berlalu. Fokus saya sekarang adalah kepada perniagaan dan masa depan.

“Saya bahagia bersama anak-anak. Mungkin dahulu ada beberapa perkara yang membataskan saya untuk mengejar impian, tetapi sekarang saya lebih fokus dan mahu terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Madam mengakui pelbagai ujian yang dilalui sepanjang setahun lalu banyak mengajar dirinya tentang kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehidupan.

Dalam masa sama, perniagaan Auramaria terus menunjukkan perkembangan positif dengan pertambahan pelanggan serta rangkaian pengedar sah termasuk di Singapura, Brunei dan Sarawak.

Pelancaran Jus Wanita Che’Tat pula dianggap sebagai satu lagi langkah penting dalam usaha memperluaskan lagi jenama tersebut, khususnya dalam memenuhi keperluan wanita moden yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

Bagi Madam, apa yang lebih utama ketika ini bukan mencari pasangan hidup, sebaliknya meneruskan perjuangan membina perniagaan serta menjadi inspirasi kepada wanita lain yang pernah melalui ujian dalam kehidupan.

“Saya percaya setiap wanita mempunyai peluang untuk bangkit semula walau apa pun yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

“Yang penting adalah terus melangkah ke hadapan dan tidak membiarkan masa lalu menentukan masa depan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Nov 2017

Tren 12 Gerabak Bawa Muatan Kargo Terbalik

Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini terganggu di laluan KTM dan ETS

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Anak-Anak Beraya Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Tak Sedih… Anggap Peluang ‘Me Time’

Diana Danielle anggap peluang untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Alolo sweetnya Fafau dengan Anuar Zain 🥰🥰 Siti Nurhaliza pun doa agar mereka berjodoh ☺️ Heheee ☺️

Trending Thu, 11 Jan 2018

Mommy-to-be Siti Nurhaliza Rai Birthday ke-39

Tanggal 11 Januari lalu, genap usia 39 tahun penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Taruddin. Hari jadi tahun ini memang sangat bermakna buat penyanyi cantik ini sebab Mac nanti Siti bakal menimang […]

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
error: Content is protected !!