Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2025 @ 3:29pm

Cat Fashion Week Pecah Tradisi, ‘Anak Bulus’ Kini Jadi Bintang Runway di TV3

Fenomena baharu dalam dunia fesyen tempatan tercipta apabila TV3 memperkenalkan Cat Fashion Week, program pertandingan pertama seumpamanya di televisyen Malaysia yang menjadikan kucing sebagai bintang utama peragaan.

Program ini bukan sekadar menonjolkan gaya dan fesyen, tetapi turut meraikan kasih sayang, kreativiti dan keunikan hubungan antara pemilik dan haiwan peliharaan mereka.

Buat pertama kalinya, kucing peliharaan tampil bergaya di pentas runway menerusi segmen pertandingan yang dipenuhi kecomelan, karakter dan ekspresi luar biasa.

Dari lebih 100 penyertaan diterima secara atas talian pada hujung tahun lalu, hanya 20 pasangan pemilik dan kucing disenarai pendek untuk ke peringkat pre-judging, yang berlangsung dengan penuh warna-warni di studio TV3 baru-baru ini.

Bersandarkan tema “Meow Menyala, Gaya Membara!”, suasana di lokasi bagaikan pentas fesyen antarabangsa, lengkap dengan ‘catwalk’, naratif busana dan sentuhan personaliti. Setiap pasangan tampil mempersembahkan gaya tersendiri, ada yang anggun, ada yang santai dan lucu, namun semuanya memikat perhatian panel juri.

Juri profesional terdiri daripada Dr Ima, pakar veterinar haiwan peliharaan kecil; Johan & His Cats, pencipta kandungan digital yang sinonim dengan empayar 30 kucing eksotik; Yuen Wai, wakil Malaysia di bawah The Federation International Feline (FIFe); serta Mark Adam, penyanyi dan pencinta kucing yang dikenali ramai.

Turut hadir sebagai penasihat juri ialah Pak Khalid, Presiden Kelab Kucing Malaysia yang berpengalaman sejak era 1970-an.

“Saya bangga melihat betapa pemilik hari ini semakin kreatif dan penyayang terhadap haiwan peliharaan mereka. Pertandingan ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi tentang hubungan dan empati,” ujar Pak Khalid.

Bagi Dr Ima pula, aspek keselesaan dan kesejahteraan haiwan menjadi keutamaan dalam penilaian.

“Saya suka bila ada peserta yang walaupun tampil dengan fesyen kreatif, masih menjaga keselesaan kucing mereka. Bila pemilik bijak seimbangkan gaya dan keselesaan, itu kemenangan sebenar,” katanya.

Johan & His Cats pula teruja dengan personaliti yang ditampilkan si comel sepanjang sesi penjurian.

“Kita bukan sekadar menilai pakaian, kita menilai personaliti dan chemistry kucing bersama tuan mereka. Ada seekor tu… dia pandai posing macam profesional, saya terpegun!” katanya.

Yuen Wai pula menekankan mengenai standard penjagaan haiwan peliharaan ini.

“Pertandingan seperti ini membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih mengenali standard penjagaan dan pembawaan kucing yang baik,” tambah Yuen Wai.

Mark Adam pula menyifatkan pengalaman itu sangat menyentuh hati.

“Saya terhibur dan tersentuh melihat bagaimana kasih sayang ditunjukkan melalui fesyen dan gaya. Setiap pasangan ada cerita tersendiri, itu yang buat pengalaman ini benar-benar menarik bagi saya,” katanya.

Menurut Pengurus Besar Kandungan TV3, Marlia Zul Amran, Cat Fashion Week adalah satu eksperimen kandungan yang segar, yang bukan sahaja mendekatkan stesen dengan penonton, malah mencipta dimensi baharu dalam program hiburan tempatan.

“Kami percaya program ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga menjadi platform yang menyatukan pencinta haiwan peliharaan melalui kasih sayang dan kreativiti yang tiada batas,” ujarnya.

Program ini akan disiarkan menerusi tiga segmen utama:

  • Kapsul khas dalam NONA (29 Jun – 17 Ogos 2025, setiap Ahad, 2 petang | 3 minit x 8 episod)
  • Kapsul eksklusif Cat Fashion Week (27 Julai – 10 Ogos 2025, setiap Ahad, 7.50 malam | 10 minit x 3 episod)
  • Pentas Akhir Cat Fashion Week (17 Ogos 2025, Ahad, 9 malam | 60 minit x 1 episod)

Malam kemuncak akan memperlihatkan lapan ‘meow-del’ terbaik bersaing untuk merebut gelaran juara, diserikan dengan persembahan artis tempatan dan hos selebriti. Selain hadiah wang tunai RM5,000 untuk juara, RM3,000 (naib johan), RM2,000 (tempat ketiga), dan RM1,000 (saguhati Top 8), edisi pertama ini turut memperkenalkan Anugerah Felix, Si Bijak dan Si Lincah untuk menghargai pesona unik peserta.

Disokong oleh jenama makanan kucing Felix serta rakan media Hot FM dan SAYS, Cat Fashion Week menjanjikan hiburan luar biasa buat seisi keluarga. Saksikan bagaimana kucing peliharaan menjadi selebriti sebenar dengan gaya, keanggunan dan penuh cat-titude!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Kita Semua Sama, Tak Kira Drive Kereta Apa Pun… Yang Penting Buang Sifat Riak & Takbur” – Nur Fazura

Nur Fazura sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri

Hiburan Fri, 23 Jan 2026

MPO Buka Musim Baharu Dengan ‘Madu Tiga Live In Concert’ di DFP

Raikan musim baharu MPO tahun ke-28 dengan Madu Tiga diiringi muzik secara langsung!

Featured Fri, 18 Mar 2022
Replicated Draft Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Mari Bantu Rakyat Untuk Maju Ke Hadapan, Jangan Buat Tak Nampak Mereka Yang Tercicir”

Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) menggesa kita semua untuk bertindak dengan bijak dengan membantu rakyat yang tercicir untuk maju ke hadapan bersama-sama. OHBULAN! duduk bersama Datuk Munirah, berbincang tentang […]

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Transformasi Wajah Jadi Bualan Netizen, Apa Komen Alif Satar?

Agak-agak korang setuju tak dengan apa yang ditulis netizen? Betul ke duit boleh ubah segalanya?

Hiburan Sat, 27 Jul 2024
Featured Fri, 22 Jul 2022
error: Content is protected !!