Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 8, 2023 @ 5:25pm

Tidak Lagi Bersama The Gadys, Nelissa Nizam Fokus Bidang Lakonan… Rancang Keluar Single Solo

Pelakon Nelissa Nizam akui kini lebih selesa mengabdikakan diri dalam bidang lakonan selepas berpisah dengan kumpulan The Gadys.

Menurut Nelissa atau nama lengkapnya, Nelissa Edreena Nizam, 25, dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada bidang lakonan sahaja.

“Sekarang ini saya hanya fokus pada lakonan sebab biasalah mula-mula dulu kita nak cuba segala benda. Tapi sekarang ini saya rasa lebih baik saya fokus pada lakonan sahaja.

“Jadual untuk berlakon juga terlampau padat, saya tak mahu susahkan ramai pihak.

“Sudah hampir enam bulan juga saya tidak bersama The Gadys,” katanya kepada XTRA.

Nelissa ditemui ketika penggambaran filem Saka Perawan di Teratak Angah Chalet, Kemensah baru-baru ini.

Tambah Nelissa, keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut bukanlah disebabkan sudah tawar hati dengan bidang nyanyian.

Sebaliknya, pelakon drama Budak Tebing ini mahu fokus kepada satu bidang sahaja buat masa ini.

“Tiada pun (tawar hati) sebab saya dalam drama saya berlakon juga saya ada menyanyi.

“Ketika itu saya juga rasa saya tak boleh nak bersama The Gadys lagi. Nak menyanyi, nak pergi belakon lagi, nak belajar dan buat ‘assignment’ lagi. Saya cuba tapi tak mampu.

“Seeloknya saya fokus satu perkara saja, saya juga dapat bagi seluruh tenaga dan usaha saya pada lakonan,” kongsinya lagi.

Nelissa juga memaklumkan ada perancangan untuk mengeluarkan single solo pada tahun hadapan.

Terdahulu, kumpulan The Gadys dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Nelissa Nizam Dedah Pernah Terima Kotak Berisi Gambarnya Dari Seseorang – “Saya Tak Tahu Nak Terharu Atau Takut”

ARTIKEL BERKAITAN: Nelissa Nizam Menggigil Baca Skrip Gara-Gara Trauma Kena Gangguan Seksual – “Macam Flashback Apa Yang Berlaku…”

ARTIKEL BERKAITAN: The Gadys Dah Berpecah? Ini Penjelasan Nelissa Nizam

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Klon Dolla, Kehadiran The Gadys Adalah Untuk…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Dec 2023
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan. Tahniah Waris dan Izzati!

Featured Fri, 26 Jun 2026

Aisha Retno Bersuara Gara-Gara Dikecam Tukar Lirik Lagu ‘Rollerblade’

Aisha Retno akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu penukaran lirik lagu Rollerblade.

Trending Fri, 3 Jul 2020

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Apa Salahnya Akaun Anak Saya Tu Kena Report Beramai-Ramai” – Fazura

Ini adalah kali ketiga perkara tersebut berlaku dalam tempoh dua minggu.

Contest Wed, 2 Oct 2019

xtra好康头 | 送你「云顶星光嘉年华」入门票

xtra好康头 送你「云顶星光嘉年华」入门票,让你在星光下的欢乐时光,度过最美丽的周末。

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

“Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

Intan bagaimanapun meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki.

error: Content is protected !!