Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 19, 2025 @ 12:23pm

Baru 4 Bulan Nikah, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim mengejutkan ramai pihak apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Khamis.

Memetik laporan Berita Harian, Siti Khalizah selaku plaintif yang memakai jubah berona hitam hadir ke dewan bicara pada jam 9.40 pagi.

Manakala Fikry selaku defendan belum kelihatan di mahkamah.

Malah, perkara ini juga telah disahkan oleh peguam mewakili Siti Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

Difahamkan, prosiding tuntutan dan permohonan cerai dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi ini di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalizah Alihan (@khalizah_alihan)

 

Untuk info, pasangan ini pernah mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan perkahwinan secara senyap di kediaman Fikry di Jitra, Kedah  pada 12 Februari lalu.

Bagaimanapun, beberapa foto sekitar majlis tular dan mendapat perhatian ramai pihak.

Namun, pengacara program Melodi TV3 ini menjelaskan dia menolak dakwaan kononnya dia merahsiakan perkahwinannya itu sebaliknya berkata, tidak mahu berkongsi berita sekiranya ia belum pasti.

 

Sumber: Berita Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Terperangkap Dalam Gua, 12 Pemain Bola Sepak Thailand Ditemui Selamat

Alhamdulillah…semuanya selamat. Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat. Semoga segalanya lancar!

Trending Mon, 11 Oct 2021

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri […]

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

Featured Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!