Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 28, 2020 @ 9:47pm

Pengunjung Pasar Borong ada gejala berkaitan COVID-19 perlu lakukan saringan

Orang ramai yang terdedah pada kes jangkitan di Pasar Borong Kuala Lumpur terutama jika mempunyai gejala seperti demam dan batuk, perlu segera melakukan saringan di hospital atau klinik kesihatan berhampiran.

Kluster pasar berkenaan yang kini sudah menyebabkan 74 kes positif COVID-19, didapati turut menjangkiti beberapa pasar lain di Bahau, Negeri Sembilan dan dua pasar awam di Lembah Klang iaitu Taman Megah dan Pasar Jalan Othman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melakukan pengesanan kes aktif bagi semua pasar berkenaan membabitkan kontak rapat khususnya ahli keluarga dan rakan terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini. (Gambar NSTP)

“Kita percaya kes berkenaan berkaitan dengan kluster Sri Petaling yang mana daripada 74 kes yang positif, 13 kes bukan di Pasar Borong. Maknanya sudah menjangkiti peniaga di pasar lain yang datang ke pasar itu untuk membeli barang dan pulang ke pasar awam lain seperti yang berlaku di Bahau.

“Apabila ada kes positif COVID-19, KKM melakukan pengesanan kes aktif dengan mendapatkan sejarah dan mengesan kontak rapat, iaitu keluarga dan rakan sebelum membuat saringan. Contohnya selain membuat saringan ke atas 60 peniaga di Pasar Bahau, KKM turut mentutup pasar itu dan melakukan nyahkuman,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai kebimbangan masyarakat berikutan penularan COVID-19 yang dikesan di beberapa pasar awam khususnya di sekitar ibu kota.

Petugas KKM melakukan dokumentasi penduduk di penempatan warga asing di Jalan Indah 21 Selayang Baru untuk melakukan saringan COVID-19 susulan PKPD. (Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM)

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM tidak bercadang untuk melakukan saringan secara rawak, sebaliknya hanya melakukan pendekatan tertumpu membabitkan golongan berisiko iaitu kontak rapat pesakit yang dijangkiti COVID-19.

“Setakat ini, KKM sudah membuat sebanyak 15,000 saringan di Pasar Borong, namun hanya mengesan 74 kes yang positif. Oleh itu, kita akan menggunakan pendekatan tertumpu seperti yang dilakukan dalam kes lain.

“Tindakan yang sama juga dilakukan di pasar awam Taman Megah, Jalan Othman dan pasar Chow Kit,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 18 Apr 2022

#JusticeForBella: Rina Harun Sedia Menghadap TMJ

Sejak kes perbicaraan terhadap pengabaian dan penderaan adik Bella mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,  ramai pihak turut mendesak agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun […]

Featured Sun, 28 Aug 2022
Featured Wed, 11 Feb 2026

Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Berstatus Duda, Aishah Azman Beri ‘Priority’ Kepada Yang Single

elakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan lelaki berstatus duda

familuv Wed, 12 Dec 2018

Cucu Lebih Rapat Dengan Nenek Sebelah Ibu, Kenapa Ya? Ini Sebabnya.

Jaga cucu sedari dilahirkan, itulah yang membuatkan nenek sebelah ibu tersangat istimewa di mata cucu!

Featured Wed, 18 Sep 2024
Featured Fri, 23 Dec 2022

Buat Trend ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’, Ramai Yang Sebak Lihat Shuib – “Kenapa Rasa Sedih Hm…”

Tular sebuah perkongsian pelawak, penyampai radio dan usahawan sensasi, Shuib Sepahtu sedang melakukan trend TikTok pasangan menggunakan lagu ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’ nyanyian Five Minutes. Menerusi hantaran tersebut, Shuib yang memakai baju putih […]

Sihat Mon, 11 Nov 2019

Bolehkah makan ubat yang sudah lepas tarikh luput?

Ketahui tempoh selamat menyimpan ubat

error: Content is protected !!