Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 22, 2019 @ 1:03pm

40KG Ketam ‘King Crab’ Dari Korea Selatan Dirampas Di KLIA

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas ketam “King Crab” dari Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam kerana dibawa masuk tanpa permit import dan sijil kesihatan.

Pengarah MAQIS Selangor/Negeri Sembilan Dr Tarmisal Alimin berkata ketam seberat 40 kilogram bernilai RM8,300 itu ditemui dalam dua kotak ais hasil pemeriksaan terhadap seorang wanita warga Korea Selatan di balai ketibaan KLIA pada kira-kira 11.45 malam.

Beliau berkata perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian seperti King Crab tanpa permit import yang sah daripada Maqis menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“King Crab tersebut dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri. Ia dirampas kerana tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit import dan sijil kesihatan daripada negara asal, serta akan dilupuskan mengikut  prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023
Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

Featured Fri, 10 Feb 2023

PU Riz Hadiahkan Gelang Tangan Sepadan Dengan Cincin Sempena Hari Lahir Neelofa Ke-34 – “Tiada Satu Tanggungjawabnya Boleh Dipersoal Kerana…”

Wahhh, cantiknya gelang tangan Lofa sama padan dengan cincin 🤩🤩 Happy Birthday Lofa Loveeee 🥰🥰🥰

Trending Sat, 4 Jan 2020

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang […]

Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Fri, 5 Jul 2019
Featured Thu, 16 Jun 2022

Habiskan RM10,000 Untuk Makan ‘Steak’ Mewah, Aeril Zafrel Didakwa ‘Show Off’

Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang bercuti di Kota London bersama rakan-rakan lain, termasuklah rakan selebriti seperti Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian video […]

error: Content is protected !!