Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2026 @ 12:17pm

“Kalau Keluar Dari Rumah Ini, Hidup Akan Merana Sebab Dunia Luar Terlalu Keras” – Aliff Syukri Tegur Anak-Anak Jangan Leka Dengan Kemewahan

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengingatkan anak-anaknya agar tidak hanyut dengan kemewahan dan sentiasa menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan ibu bapa dalam membesarkan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya, Aliff Syukri Kamaruzzaman, 39, berkata dia mahu anak-anak memahami segala kesenangan yang dinikmati hari ini bukan datang dengan mudah, sebaliknya hasil kerja keras yang dibina sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut Aliff, kehidupannya dahulu jauh berbeza apabila dia terpaksa berniaga dan menjaja dari rumah ke rumah demi mencari rezeki.

“Ingat dan fahamlah asal usul awak semua daripada Aliff Syukri Kamaruzzaman yang berniaga, menjaja di kaki lima, ketuk-ketuk pintu rumah orang… itulah bermulanya.

“Orang yang hebat itu tidak gentar. Kalau dia susah, dia masih ada kemahiran, rajin dan ada usaha,” katanya.

Dalam masa sama, Aliff berkata kehidupan di luar rumah tidak seindah yang disangka, terutama bagi mereka yang tidak pernah merasai kesusahan dan hanya bergantung kepada kemewahan yang tersedia.

“Tapi bila kita duduk di rumah yang mewah, tak pernah bekerja, bangun tidur lambat, dah terbiasa tak pernah rasa susah.

“Kalau keluar sahaja dari rumah ini, hidup akan merana sebab dekat luar sana terlalu keras,” ujarnya.

Tambah Aliff, ramai individu sanggup berkorban tenaga dan masa demi mencari rezeki sehingga ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga serta berdepan pelbagai risiko ketika bekerja.

“Orang nak dapatkan duit RM70 satu hari bersengkang mata packing, sapu sampah dan hantar ‘parcel’. Ada yang sampai cacat, jatuh motosikal, tak jumpa anak sebab kerja siang malam,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Aliff turut mengingatkan anak-anaknya setiap kemudahan yang dinikmati di rumah adalah hasil titik peluh dia dan isteri.

“Macam mana abah ini kena kuat bekerja nak menjulang nama kau. Bangun tidur ada aircond, rasa tak aircond yang mengalir itu penat jerih abah dan juga mama,” katanya lagi.

@papalarisofficial

Anak-anak, abah tak nak biasakan korang dengan kemewahan. Sebab abah tahu, dunia di luar sana sangat jahat dan tak selalu memihak kepada kita. Akan ada saatnya korang penat berjuang sendirian, usaha tidak dihargai, dan air mata terpaksa disembunyikan di sebalik senyuman. Tapi ingatlah, setiap kesusahan yang datang bukan untuk menghancurkan, tetapi untuk membentuk kamu menjadi insan yang lebih kuat, lebih sabar, dan lebih matang. Jika suatu hari nanti abah dan mama sudah tiada, abah harap korang pegang satu pesan ini sampai bila-bila, jangan mudah menyerah. Kerana orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah jatuh, tetapi mereka yang tetap bangun walaupun berkali-kali terjatuh.

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Aliff menjelaskan dia sengaja tidak mahu membiasakan anak-anak dengan kehidupan terlalu mewah kerana mahu mereka lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan.

Malah dia berharap anak-anaknya akan terus kuat dan tidak mudah berputus asa sekiranya berdepan ujian hidup apabila dia dan isteri sudah tiada suatu hari nanti.

“Jika suatu hari nanti abah dan mama sudah tiada, abah harap korang pegang satu pesan ini sampai bila-bila, jangan mudah menyerah.

“Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah jatuh, tetapi mereka yang tetap bangun walaupun berkali-kali terjatuh,” tulisnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Oct 2019

Lazada Plans to Take VR and AR into Its New Retail Experience, Soon

In the future, shopping at Lazada will not be just a mere activity; it’ll become an EXPERIENCE!

Events Fri, 25 Apr 2025

“Saya Tak Merajuk, Saya Tetap Akan Berbakti Pada Negara & Menghargai Orang” – Siti Nurhaliza

Siti dia tetap akan membuat persembahan di acara rasmi yang dianjurkan kerajaan.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

台湾超级综艺组合! 8月登上云顶开唱

台湾综艺天王「宪哥」吴宗宪今年将携手众综艺主持好友,于8月3日再登云顶云星剧场舞台!

Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

“Tak Suka, Tolak Saja… Tak Perlu Heboh Di Media Sosial” – Dafi Pesan Hargai Rezeki Sendiri

Dafi menganggap isu bayaran dan gaji tidak wajar dijadikan bahan umum

Trending Sun, 12 Jan 2020

Cedera Parah Disamun Jiran Dalam Lif

Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya, dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong, di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata […]

Featured Sun, 2 May 2021

“Sanggup Layan Mengaji Dalam Telefon”- Fouziah Gous Luah Rasa Syukur Dapat Khatam Al – Quran

Pelakon Fouziah Gous meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila  berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fouziah dilihat tampil manis dan sopan berpakaian serba putih di sisi ustazah beliau. “Alhamdulillah, […]

error: Content is protected !!