Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 7, 2023 @ 7:18pm

“Kalau Baru Hari Ini Nak Tersedar Yang Akan Kehilangan Isteri…Sudah Terlambat” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, meluahkan rasa kecewa apabila suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Syamsul Yusof, 39, enggan melepaskannya selepas sebutan kes tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Enggan Cerai! Puteri Sarah Kemuka Bukti Baharu, Dakwa Pernah Dipukul – “Ketika Itu Ibu Mentua Selamatkan Saya”

Memetik laporan Berita Harian, Puteri Sarah mempersoalkan mengapa suaminya itu baru hendak berbincang sedangkan kemelut rumah tangga mereka sudah tiga tahun.

Malah, Puteri Sarah menegaskan dia kini tidak mempunyai perasaan lagi terhadap Syamsul.

“Lepaskan sahaja saya. Sudah ada isteri baharu dan tak mengambil endah pasal saya, kenapa tiba-tiba baru hari ini nak tersedar? Saya memang tak nak.

“Kalau baru hari ini nak tersedar yang akan kehilangan isteri, sudah terlambat. Perbincangan sepatutnya berlaku tiga tahun lepas.

“Saya hanya mahu dilepaskan dan ingin meneruskan kehidupan baharu. Saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadapnya,” ujarnya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia bingung mengapa Syamsul tidak melafazkan talak kerana menganggap mereka tidak lagi seperti pasangan suami isteri.

“Kita sudah lama tidak seperti suami isteri. Dia juga sudah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

“Dia sepatutnya terkejut dengan tindakannya sendiri yang secara tiba-tiba tak mahu bercerai.

“Kita semua mengharapkan semuanya selesai (bercerai),” katanya.

Selepas setahun tidak bersua muka, Puteri Sarah memberitahu perasaanya terhadap pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sudah kosong malah mahu terus maju ke hadapan.

“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya tak pandang pun, tak tahu dia tengok saya atau sebaliknya.

“Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Syamsul enggan melepaskan Sarah dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie.

ARTIKEL BERKAITAN: “Happy Birthday To Me!” – Syamsul Yusof Enggan Lafaz Cerai, Puteri Sarah Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Jadi Saksi

Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak lima tahun lalu di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih panas, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga kini.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 May 2022

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Normah Damanhuri mengenakan wig untuk tidak mendedahkan rambutnya sendiri.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur.

Featured Tue, 17 Jun 2025
Kisah Viral Thu, 10 Nov 2022

Kesal Isu Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama 7 Hari, Menteri Pengangkutan Jelas Perkara Sebenar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa kesal dan kecewa ekoran penutupan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selama tujuh hari bermula pagi Rabu, 9 November 2022. Beliau memohon maaf kepada orang […]

Hiburan Tue, 3 Dec 2024
Featured Wed, 14 May 2025

Kongsi Foto Graduasi Bersama Bapa, Ketampanan Anak Aziz M Osman Curi Perhatian – “Handsome Produk Abang Aziz”

Perkongsian itu mula tular selepas Putera berkongsi foto graduasi miliknya.

Featured Fri, 13 Feb 2026

“Hidup Lebih Tenang Bila Berhenti Sibuk Hal Orang Lain”- Remy Ishak

Pelakon popular, Datuk Remy Ishak meluahkan pendapat peribadinya mengenai ketenangan hidup.

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Tercekik Sudu Bukan Gimik, Ezuwan Ismail Sedia Terima Kritikan Netizen

Buat apa nak terasa…semua orang berhak beri pendapat. Betul tak?

error: Content is protected !!