familuv By: Yanie Baharom July 4, 2019 @ 2:00pm

Contoh 10 ‘salah laku’ ibu bapa dalam mendidik anak-anak

“Anak kita, ikut suka kita lah nak besarkan mereka macam mana!”.

Merujuk ayat diatas, pernah atau tidak anda mendengar atau berdepan dengan situasi seperti ini. Terutamanya bila anak kita kena debik dengan anak orang, kemudian anak kita pun sama naik lalu membalasnya dan akhirnya sama-sama menangis.

Tetapi anak kita pula yang disalahkan sebagai punca pergaduhan oleh ibu kepada budak tadi. Demi mempertahankan kebenaran, kita pun menempelak ibu yang merentan , “awak tu yang tak pandai jaga anak, salahkan anak kita pula”. Lantas dibidasnya dengan kata-kata di ayat pembuka tadi.

Apapun pendapat dan tanggapan kita, atau mungkin berasa cara kita mendidik anak-anak itu sudah cukup baik, tetapi jika kesalahan anak tidak ditegur atau dimanjakan secara berlebihan , boleh merosakkan masa depannya kelak.

Jadi sebagai ibu bapa, anda sebenarnya boleh mencorakkan keperibadian anak anda melalui cara membesarkan mereka. Jadikan mereka seperti sahabat anda supaya mereka sentiasa meletakkan anda sebagai orang pertama untuk mereka rujuk, percaya, selamat dan amanah.

Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa meletakkan jurang antara orang tua dan anak, untuk meraih rasa hormat seorang anak. Malah mengenepikan sikap diplomasi untuk mendisiplin mereka.

Biar apapun cara anda membesarkan anak-anak anda, memandang anda yang paling berhak keatas mereka, akan tetapi…ada beberapa amalan keibubapaan dengan merujuk konteks ‘tersalah ajaran’ yang boleh menjejaskan anak-anak anda!

Contoh 10 ‘salah laku’ ibu bapa dalam membesarkan anak-anak

1. Tidak memberi sokongan

Ada sesetengah ibu bapa percaya kalau mereka “tunjuk keras”, anak akan lebih dengar cakap dan bijak berdikari. Tapi sebenarnya, mereka perlukan kasih sayang anda.

Mereka perlu rasa “selamat”. Barulah mereka belajar daripada kesilapan!

Foto: Psych Central

2. Kuat mengkritik

Sentiasa kritik perbuatan anak anda adalah perkara yang tidak sihat! Ia membuatkan anak-anak hilang keyakinan diri dan tak mahu mencuba benda baru.

3. Mengejek anak

Sebenarnya, jika anda kerap mengejek atau membuat lawak yang melukakan hati mereka, misalnya mempersendakan fizikal mereka yang mungkin berisi, kurus, pendek, hidung kembang dan sebagainya, anda sedang mendera mereka secara emosi!

Kalau anda rasa anak anda memerlukan nasihat, cuba cakap secara peribadi dengan mereka. Jangan menjatuhkan air muka mereka depan khalayak ramai.

4. Sering menyalahkan anak

Ini satu lagi penderaan emosi yang memberi kesan buruk pada anak-anak. Tabiat anda yang suka menyalahkan anak-anak boleh menyebabkan mereka kemurungan dan membesar sebagai individu yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Foto: Inovasee

5. Mengongkong anak-anak

Ada ibu bapa fikir kehidupan anak ini hanya untuk mereka. Sebenarnya, anak-anak juga ada kehidupan mereka sendiri.

Jangan paksa mereka untuk beri perhatian pada anda sepanjang masa. Beri mereka ruang untuk bersendiri dengan melakukan aktiviti yang mereka suka selagi tidak melampaui batas. Nanti mereka akan faham yang mereka memerlukan anda.

6. Menyekat anak-anak untuk meluahkan emosi

Jangan besarkan anak-anak anda dengan peraturan “anak lelaki tak menangis”, atau “anak perempuan kena duduk rumah”. Biar mereka kongsi buah fikiran dan emosi mereka. Ia boleh mengelakkan kemurungan atau kesunyian.

7. Tegas tak bertempat

Disiplin dan takut adalah dua perkara berbeza. Jika mahu anak-anak menghormati keputusan anda sebagai ibu bapa, gunakan pendekatan yang boleh membuatkan mereka berasa hormat tetapi bukan patuh kerana takut.

Rasa takut anak-anak terhadap ibu bapa, hanya menyebabkan hubungan anak-beranak menjadi renggang selain berdendam dengan anda!

8. Mengikat anak dengan kemewahan

Anda tak patut mengharapkan “balasan” bagi setiap kasih sayang yang anda beri. Itu memang tugas seorang ibu bapa, pun!

Jadi, jangan sesekali cuba “beli” anak-anak dengan duit atau perasaan bersalah. Ia takkan kekal lama.

Foto: myfinance

9. Mendiamkan diri

Anda ibu bapa atau anak-anak? Kenapa beri silent treatment pada anak-anak bila anda marah? Cuba cakap dengan mereka dan terangkan kenapa anda marah. Nescaya mereka akan faham nanti.

10. Paksa anak jadi diri dan impian anda

Anda amat mementingkan diri sendiri jika anda memaksa anak-anak menjadi “diri” anda. Ya, mungkin anda seorang doktor yang berjaya. Tapi ini tak bermaksud anak-anak anda perlu jadi doktor juga, betul tak?

Foto: Institute for Natural Healing

Kesimpulannya, jadilah ibu bapa yang disenangi anak-anak, disayangi mereka tanpa paksaan sebaliknya dihargai kerana mereka berasa ibu bapa sudah memberikan yang terbaik dan menyayangi mereka sepenuh hati. Ingin membanggakan ibu bapa kerana mereka sedar tiada kasih sayang sehebat cinta yang dicurahkan ibu bapa. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
familuv Mon, 23 Sep 2019

6 sikap ibu bapa punca anak tidak berjaya

Kekerasan bukan cara mendisiplin si kecil

familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

familuv Fri, 27 Jul 2018

Bagaimana Mengenal Pasti Mangsa Sumbang Mahram Dan Hulurkan Bantuan Segera

Topik sumbang mahram melatari kebanyakan dada akhbar serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.

familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor

familuv Mon, 25 Jun 2018

Belajar Buat Pizza Bersama Anak Anda Dengan Resipi Mudah Ini

Ini boleh menjadi aktiviti “bonding” untuk anda berdua.

#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Nyanyian Setanggi Syurga Suami Buat Tasha Manshahar, Peminat Puji Kelunakan Suara Raqib Majid

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Tasha Manshahar yang menyepi dari dunia nyanyian. Kini selesa bertugas selaku pendidik, Tasha bahagia bersama suami, penyanyi Raqib Majid dan dua orang anak, Muammar dan Mateen. @iamtashamanshahar Best jugak […]

familuv Fri, 19 Apr 2019
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan