Categories: FeaturedOh Lawa

5 panduan kecantikan pelik selebriti antarabangsa, ada yang guna pasir kucing

Selebriti adalah antara figura awam yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Apa sahaja yang dilakukan mereka, baik dari segi fesyen, resipi makanan hinggalah amalan kecantikan, pasti menjadi ikutan peminat.

Bagaimanapun, tidak disangka ada juga dalam kalangan selebriti antarabangsa melakukan petua kecantikan yang pelik dan di luar kotak.

Jom semak antara panduan pelik yang diamalkan selebriti yang dikongsi dalam portal Women Health Magazine.

1. Lady Gaga

Kredit gambar: Milford Mercury

Penyanyi yang cukup sinonim dengan gaya fesyen pelik, Lady Gaga mempunyai cara yang pelik dalam rutin solekannya. Penyanyi lagu Poker Face itu mengakui menggunakan pita pelekat untuk menanggalkan solekan matanya.

Menurut jurusolek New York, Stefanie Syat, tidak salah untuk mencuba cara terbabit, tetapi perlu berhati-hati. Solekan mata ada kalanya susah untuk ditanggalkan lebih-lebih lagi yang mempunyai serbuk berkilauan.

Kredit gambar: Wikipedia

Anda boleh menggunakan pita pelekat jenis kain yang sangat lembut pada kulit, namun jika kulit anda jenis yang sensitif, elakkan untuk mengikuti panduan itu. Cukuplah hanya sekadar menggunakan penanggal solekan seperti tisu atau jenis cecair.

2. Miranda Kerr

Kredit gambar: Forbes

Model terkenal Victoria’s Secret itu menggunakan sudu untuk melentikkan bulu matanya. Caranya adalah dengan memanaskan sudu dengan air panas ataupun pengering rambut.

Kredit gambar: Marie France Asia

Dengan bahagian dalam sudu menghadap ke atas, guna ibu jari untuk menolak bulu mata naik ke permukaan sudu mengikut lengkung sudu.

3. Snooki Swears

Kredit gambar: Pop Crush

Siapa sangka, pasir kucing yang digunakan untuk binatang comel itu membuang ‘hajat’ turut digunakan Snooki Swears dalam rutin kecantikannya. Personaliti rancangan realiti televisyen dan penari itu menggunakan pasir kucing untuk melakukan proses pengelupasan dan pencerahan wajah.

Kredit gambar: Emily Pets

Pakar estetik, Lezandra Berchik daripada Bliss Spa Los Angeles menghalang wanita untuk melakukan cara berkenaan. Tekstur pasir yang bergumpal pastinya akan mengingatkan kita akan pupur lumpur, tetapi zarah tanah liatnya adalah jauh berbeza dengan apa yang diformulasikan untuk kulit. Ianya mampu menyebabkan risiko calar pada muka yang akan menjurus kepada kulit terbakar dan berjerawat.

4. Jennifer Love Hewitt

Kredit gambar: Working Mother

Bintang popular siri 9-1-1 itu menggunakan ubat gigi untuk menghilangkan bintik pada muka. Menurut Berchik, helah yang sering digunakan dalam kecantikan itu tidak mendatangkan sebarang perubahan, malah boleh menjadikan cela lebih teruk.

Kredit gambar: Merriam Webster

Pengikis pada ubat gigi seperti kalsium karbonat mampu mengeringkan bintik pada wajah, namun ia tidak mampu menghilangkan bakteria yang ada. Bahan perasa dalam formula ubat gigi juga akan membuat kulit menjadi lebih rengsa.

5. Sienna Miller

Kredit gambar: SheKnows.com

Pelakon dan model kelahiran New York itu menggunakan sos tomato untuk membaiki ketidaksempurnaan warna rambut.

Menurut Miller, dia secara tidak sengaja menggunakan inai pada rambut perangnya dan perkara yang dilakukan untuk menghilangkan warna inai adalah dengan merendam rambutnya dalam sos tomato.

Kredit gambar: Foodal

Seorang pewarna kanan di New York, Amy Mrkurnic, akui tidak pernah mendengar petua berkenaan kerana baginya, kesan inai tidak akan hilang dengan begitu mudah. Menurut Mrkurnic, untuk membaiki warna rambut, seseorang itu harus pergi ke salun kerana mereka akan menggunakan campuran 90 peratus alkohol dan minyak mineral untuk membaikinya.

Ad Ops