Categories: FeaturedGaya Hidup

Awas! Ketahui 6 Jenis Bahan Bahaya Dalam Produk Kecantikan

Pernah tak anda terfikir kalau produk kecantikan yang anda gunakan itu tidak selamat dan berbahaya untuk kulit? Sebenarnya, anda perlu berhati-hati dengan setiap produk yang anda beli di pasaran. Tidak kiralah produk penjagaan wajah, barangan kosmetik, losyen badan dan sebagainya.

Hal ini kerana, sesetengah produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat bahaya bukan sahaja untuk kulit tetapi kesihatan kita juga. Jadi, jom kenali 6 bahan bahaya ini yang terkandung di dalam produk-produk kecantikan anda.

1. Butylated Hydroxyanisole atau BHA

Tahukah anda, bahan antioksidan ini berfungsi dengan baik untuk mengekalkan dan menstabilkan komponen. Ia boleh didapati di dalam produk kecantikan seperti losyen badan dan pelempab bibir dan juga dalam beberapa produk penjagaan kesihatan.

Tetapi, anda harus berhati-hati kerana kajian menunjukkan bahawa BHA ini boleh menjejaskan sistem endokrin dan beberapa pakar juga turut mengaitkan BHA dengan beberapa jenis kanser. Takutnya!

2. DMDM Hydantoin

Bahan kimia ini pula berfungsi sebagai bahan pengawet yang membuatkan syampu, losyen badan dan maskara yang anda gunakan tahan dengan lebih lama. Walau bagaimanapun, ia juga boleh mendatangkan mudarat sekiranya terkena mata anda. Bagi anda yang mempunyai kulit yang sensitif, bahan ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah kulit yang lebih teruk.

3. Komponen haruman dalam minyak wangi

Sebenarnya, produk kecantikan yang berbau lemon tidak bermakna ia dibuat dengan menggunakan lemon segar. Kebanyakan aroma yang anda bau dicipta oleh bahan kimia, seperti phthalates. Ia juga digunakan dalam racun serangga dan rawatan kayu yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga boleh menyebabkan anda mengalami alahan dan masalah pernafasan.

4. Parabens

Foto: Grazia Daily

Mungkin bahan kimia jenis ini biasa anda dengar, betul tak? Untuk pengetahuan anda, parabens bukan sahaja terkandung dalam produk penjagaan kulit tetapi ia juga boleh ditemui dalam losyen badan.

Parabens berfungsi untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan kulat dan bakteria. Tetapi, bahan kimia jenis ini turut mengundang bahaya! Ia boleh menyebabkan anda mengalami masalah hormon dan kanser payudara. Cara terbaik adalah anda boleh menggunakan jenama organik yang menggunakan anti-fungal semulajadi seperti vitamin E dan asid sitrik.

5. Retinyl Palmitate

Bahan kimia ini dihasilkan dari vitamin A. Beberapa kajian menunjukkan retinyl palmitate boleh menyebabkan tumor. Jadi jika anda ingin membeli krim, losyen badan atau krim pelindung matahari yang mengandungi vitamin A pastikan bahan kimia ini bukan salah satu komponennya. 

6. Triethanolamine

Bahan kimia ini juga telah digunakan secara meluas dalam produk kecantikan seperti maskara dan losyen badan kerana ia membantu mengimbangi tahap pH anda. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keradangan dan masalah dengan sistem pernafasan. Sesetengah bahan kimia ini juga turut dikaitkan dengan kanser.

Kesimpulannya, penulis nasihatkan kepada anda sekiranya ingin membeli produk kecantikan wajib periksa terlebih dahulu bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Pastikan tiada bahan-bahan kimia yang telah penulis senaraikan di atas. Jangan fikir nak cantik sahaja sehingga abaikan kesihatan anda! 

Sumber: Jelita

tex_admin