Categories: FeaturedGaya Hidup

Ini Cara Paling Berkesan Untuk Berhenti Merokok, Menurut Sains

Saintis di dunia masih tercari-cari kaedah paling efektif untuk berhenti merokok. Secara kesimpulannya, ada dua cara yang anda boleh cuba: mematikan tabiat merokok terus secara mendadak, ataupun berhenti secara perlahan-lahan.

Yang mana lagi berkesan? Ramai yang berfikiran cara termudah ialah dengan mengurangkan jumlah rokok yang mereka hisap sikit demi sikit sampai mereka betul-betul berhenti.

Tetapi sebuah kajian yang dijalankan oleh Nicola Lindson-Hawley dari University of Oxford menunjukkan yang berhenti terus adalah cara paling menjadi.

Nicola dan rakan sekerjanya telah mengkaji hampir 700 orang di England yang menghisap sekurang-kurangnya 15 batang rokok sehari tapi memang ada plan nak berhenti.

Mereka semua telah tetapkan masa untuk berhenti dalam 2 minggu. Separuh daripada mereka telah hisap macam biasa dan bila tamat tempoh 2 minggu, mereka diminta berhenti merokok secara mengejut.

Separuh lagi daripada mereka perlahan-lahan mengurangkan jumlah hisapan mereka sampailah 2 minggu.

Kedua-dua kumpulan ini menerima kaunseling, pelekat nikotin, serta barangan terapi gantian nikotin seperti lozenge, gula-gula getah dan spray mulut.

Foto: Getty JGI / Tom Grill

Keputusannya…

Cara pengkaji mengukur kejayaan kajian ini ialah dengan melihat kepantangan merokok mereka selama 4 minggu selepas masa berhenti, dan kemudian 6 bulan selepas itu.

Selepas 4 minggu, mereka yang berhenti terus adalah kira-kira 25% lebih berjaya daripada mereka yang perlahan-lahan berhenti.

49% daripada kumpulan berhenti terus telah berjaya berhenti, manakala untuk kumpulan perlahan-lahan pula, 39% daripada mereka berjaya.

6 bulan selepas tarikh berhenti, 22% daripada kumpulan berhenti terus masih bebas dari merokok, dan 15% daripada mereka yang perlahan-lahan berhenti telah berjaya mematikan tabiat merokok mereka.

Maknanya kaedah berhenti terus adalah lagi efektif! Kalau anda nak berhenti merokok, cubalah!

Kajian ini tidak mengenalpasti kaedah lain untuk berhenti merokok, seperti e-cigarettes yang masih belum dibuktikan boleh menghentikan tabiat itu.

Dan walaupun berhenti secara mendadak adalah teknik yang lebih efektif, Nicola berkata kadar kejayaan di kalangan orang yang berhenti perlahan-lahan masih dikira bagus.

“Kalau ada orang yang sanggup berhenti merokok tapi mereka hanya boleh berbuat demikian perlahan-lahan, kita masih perlu berikan sokongan,” katanya.

Sumber: Time

Ad Ops