Categories: SelebritiTrending

“Moga Allah Beri Ketenangan & Banyakkan Rasa Syukur” – Irma Hasmie Kunci Mulut Soal Status Perkahwinan Dengan Suami

Pelakon Irma Hasmie enggan mengulas lanjut mengenai berita perkahwinan suaminya, Redza Syah Azmeer yang dikongsi menerusi akaun Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, Irma sebaliknya memohon orang ramai untuk mendoakan segala urusan dirinya dan anak dipermudah.

“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya,” ujarnya ringkas.

Selain itu, aktres wanita ini turut memaklumkan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, ketika dihubungi wartawan Harian Metro, Irma memilih untuk mengunci mulut mengenai status perkahwinannya dengan Redza.

Terdahulu, timbul spekulasi yang mendakwa rumah tangga pasangan ini dilanda badai apabila dilihat jarang berkongsi foto bersama sejak Ogos 2023.

Sekadar info, Irma dan Redza berkahwin pada 2012 dan memiliki dua orang anak bersama.

Artikel Berkaitan: “Kebahagiaan Yang Dicari…” – Kapsyen Suami Bersyukur Dah Bina Mahligai Cinta Baharu Dikritik, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Raih Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Irma Hasmie Buat Perkongsian Soal Ujian Dalam Hidup, Pengikut Beri Kata Semangat – “Sabar… Allah Takkan Bawa Sejauh Ini Untuk Gagal”

Artikel Berkaitan: Status Rumah Tangga Kekal Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Pilih Tuding Jari Kepada Diri Sendiri

Artikel Berkaitan: Muat Naik Kapsyen Sedih Di IG, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Cetus Tanda Tanya

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari