Categories: Trending

Isu Curang Makin Panas, Aepul Roza Buat Hal… Selamba Cipta Lagu ‘I L U’ – “Ada Drama, Mestilah Kena Ada OST Kan?”

“Bila ada drama, mestilah kena ada OST kan? Lagunya bertajuk, I L U,” kata vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza yang spontan menghasilkan lagu susulan kontroversi hangat melibatkan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah Yasmine.

Menerusi perkongsian di TikTok, lirik lagu yang disampaikan oleh Aepul juga sangat bersahaja sekali gus mencuri perhatian pendengar.

Lebih mencuit hati, Aepul turut menyelitkan akronim yang digunakan oleh Aliff dan Ruhainies menerusi perbualan mereka di Whatsapp yang didedahkan oleh Sarah, baru-baru ini.

“Sepandai-pandai tupai melompat, sayangnya tupai bebal tak pergi sekolah. Sepandai-pandai engkau melipat, Jatuh ke tanah ditembak dek tangkap layar. Oh no!

“Mati-mati tak mengaku, tahu-tahu I L U. Pura-pura tersakiti, Diam-diam 143. Manis udang maka ketam direbus tak merah. Main-main kata, sampai masa kan terbongkar juga. Dah bergegar satu Malaysia.

“Padan muka kau tersadung kaki sendiri, siapa suruh kau banyak permainkan hati,” bunyi liriknya.

Terhibur dengan lirik lagu itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen di ruangan komen.

@aepulrozaBila ada drama, mestilah kena ada OST kan? 🤪 Lagunya bertajuk; I L U♬ original sound – Aepul Roza

Fatin Nurain