Tiada Kaitan Dengan Orang Ketiga, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak – “Buat Masa Ni, Lebih Baik Tinggal Berasingan”

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing,” demikian respons pelakon jelita, Nora Danish berhubung rumah tangganya yang kini sedang bergolak.

Memetil laporan mStar, Nora berkata dia dan suaminya, Nedim Nazri mengambil pendekatan untuk tinggal berasingan demi mengelak keadaan menjadi lebih ‘tegang’.

“Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang-kadang perlukan ruang, itu lumrah.

“Bagaimanapun, kami setiap hari akan berjumpa malah baru pulang bercuti baru-baru ini.

“Kita manusia biasa, tak lari daripada kesilapan. Rumah tangga mana tiada masalah.

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing.

“Penceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya harap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” katanya.

Desas desus rumah tangga Nora dan Nedim didakwa sedang bergolak selepas mereka tidak berkongsi foto menyambut hari raya bersama.

Sebelum ini, Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned memberi amaran kepada individu yang memetik nama isterinya dalam kes ‘panas’ aktor sensasi, Aliff Aziz.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 namun bercerai pada 2008.

Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15.

Artikel Berkaitan: Terkejut Nama Isteri Terpalit Dalam Kontroversi Kes Curang Aliff Aziz, Suami Nora Danish Bagi Amaran! – “Hebat Betul Dia Ya”

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi