Categories: Featured

Ingin memenangi telekung jenama terkenal Siti Khadijah? Ikuti 5 langkah mudah ini!

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada 8 Mac lalu, portal gaya hidup wanita The New Straits TimesPress (M) Berhad (NSTP), Hijab & Heels mengadakan pelbagai peraduan dalam talian khusus untuk pengikut Facebook & Instagramnya.

Sebagai permulaan, Hijab & Heels bekerjasama dengan jenama telekung Siti Khadijah (SK) yang juga menyambut ulang tahun ke-10 jenama itu, tahun ini.

Telekung SK mencipta fenomena baharu dalam industri fesyen tanah air apabila muncul sebagai jenama yang mempopularkan rekaan telekung eksklusif di negara ini.

Foto: Siti Khadijah

SK bukan saja tampil dengan rekaan telekung yang unik dan menepati syariat, bahkan menjanjikan keselesaan menerusi penggunaan fabrik bermutu yang ditempah khas dari Jepun.

Jenama itu yang kini menempa nama pada peringkat antarabangsa dan pernah dijemput untuk menghadiri Minggu Fesyen di London, turut mempunyai 12 cawangan di Indonesia.

Menerusi kerjasama Hijab & Heels, lima pengikut Facebook Hijab & Heels masing-masing bakal memenangi sepasang telekung SK dengan mengikuti lima langkah mudah ini!

1) Tekan butang kongsi pada artikel yang telah dipinkan di laman Facebook Hijab & Heels
2) Anda perlu baca keseluruhan artikel yang telah dipinkan dan tulis kapsyen yang menarik mengenai artikel terbabit.
3) Seterusnya, tag 5 rakan anda.
4) Sertakan tanda pagar #hijabnheelsxskcontest
5) Kongsi entri ke laman Facebook anda sendiri.

Mudah bukan? Sila ke halaman Facebook Hijab & Heels sekarang ! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Mac 2019.

tex_admin