Featured By: Ad Ops October 14, 2019 @ 7:35pm

Ini cara rehatkan minda sebelum tidur agar dapat tidur nyenyak

Ada hari-hari tertentu yang secara fizikalnya, badan anda mengalami keletihan yang amat apabila anda masuk tidur. Tetapi jika minda anda masih aktif ketika itu, kemungkinan besar anda akan mengalami kesukaran untuk lena.

Itu sebabnya anda perlu rehatkan diri terlebih dahulu, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. Harapannya ialah supaya pemikiran anda yang sibuk itu boleh ‘diperlahankan’ dan anda akhirnya boleh mendapat tidur yang nyenyak.

Menurut pakar neurologi Dr Melissa Bernbaum, proses ini bermula beberapa jam sebelum anda masuk tidur, menurut Popsugar.

Selain mengelak daripada tidur siang, beliau mengesyorkan, bagi anda yang tidur pada pukul 10 malam, anda patut berhenti mengambil kafein bermula sekitar jam 12 tengah hari.

“Sesetengah orang berkata kafein tidak menghalang mereka daripada terlena. Tetapi ia mungkin boleh menjejaskan kualiti tidur,” katanya.

Sumber: Fearapy.com

Bermula daripada sejam sebelum waktu tidur, padamkan semua alat elektronik seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Anda sepatutnya elak apa sahaja yang boleh menyebabkan stres pada waktu malam, termasuklah kerja.

“Sesetengah daripada kita perlu bekerja dari rumah pada waktu tertentu. Tetapi cuba elak daripada melakukan aktiviti kerja yang tidak penting sebelum anda tidur,” kata Dr Melissa.

Jika anda seorang yang sangat sibuk dan sentiasa terikat dengan kerja, besar kemungkinan di atas katil pun anda akan masih terfikir-fikir mengenai kerja.

Untuk menghentikan tabiat ini, Dr Melissa mengesyorkan anda menetapkan satu masa lebih awal sebelum waktu tidur untuk menyiapkan sebarang kerja dan ‘mengosongkan’ minda.

“Contohnya, anda boleh sediakan senarai tugasan untuk keesokan harinya, atau senarai masalah yang menimpa serta jalan penyelesaiannya. Dengan cara ini, anda boleh tidur dengan aman kerana anda rasa terjamin yang semua stres anda sudahpun dikendalikan.”

Pastikan ia diselesaikan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.

Anda patut lakukan perkara yang merehatkan sebelum tidur. Sumber: Entity Mag

Kemudian Dr Melissa menyarankan anda bertukar kepada aktiviti yang lebih merehatkan, seperti membaca buku atau bermeditasi.

Anda juga boleh cuba senaman yoga atau regangan ringan, yang boleh mengurangkan lagi stres dan keresahan. Menurut presiden Akademi Tidur dan Pernafasan Amerika Kent Smith, ia juga boleh membuatkan anda rasa mengantuk!

Aktiviti yang lebih intensif akan memberikan impak yang terbalik, jadi hentikan sesi senaman kardio anda sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: CNBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019
Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Mon, 22 May 2023
Featured Tue, 28 Jun 2022

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Innalillah, berat ujian Rafidah kali kedua keguguran. Paling sayu, janin bayi seakan tahu dia berada atas tangan ibu 😭😭 Min doa agar terus diberi kekuatan ❤️🥺

Featured Fri, 8 Oct 2021

“Meeting Dengan Putera Arab Saudi, Bina Hotel 8 Bintang Bawah Laut”- Papa Megah Holding Curi Tumpuan Di TikTok

Siapa tidak mengenali sosok pelakon otai, Mustapha Kamal yang seakan sebati melakonkan watak golongan kaya atau CEO Megah Holdings dalam drama-drama rantaian Melayu di stesen televisyen. Terbaharu, aksi beliau sebagai usahawan berjaya mencuri tumpuan di TikTok. […]

Gaya Hidup Fri, 16 Nov 2018

Jadikan Anak Anda Jagoan Hafaz Al-Quran Dengan Amalan 7 Petua Ini

Cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berusia dua tahun.

Featured Thu, 15 Sep 2022