Featured By: Yanie Baharom May 18, 2020 @ 8:21pm

“Jangan guna nama Badang, Superman dan Batman,” – Datuk Seri Ismail Sabri

Tidak telus dalam berkongsi maklumat peribadi misalnya menggunakan nama samaran dan nombor telefon palsu, antara perbuatan tidak bertanggung jawab rakyat Malaysia ketika mengunjungi premis perniagaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan segelintir pengunjung itu hanya menyukarkan usaha kerajaan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

“Tindakan meletakkan nama dan nombor telefon palsu boleh menyebabkan pengunjung sukar dihubungi sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di premis terbabit.

“Saya difahamkan ramai yang tidak memberi nama dan nombor telefon betul seperti guna nama Badang, Superman dan Batman, jadi kalau terjadi apa-apa, kita sukar hubungi mereka.

“Saya harap kepada pengunjung, sila letak nama sebenar (kerana) sekiranya ada kes-kes kecemasan yang berkaitan kes-kes positif COVID-19 di tempat itu, (mereka) mudah untuk dihubungi,” katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP, di Putrajaya.

Foto: mStar

Bagaimanakan, ujarnya, tiada keperluan untuk meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah ketika mendaftar masuk bagi mengelakkan maklumat disalah guna oleh orang yang tidak bertanggunjawab.

Pada sidang media yang sama, beliau sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya tidak pulang ke kampung halaman pada perayaan Aidilfitri kali ini.

Meskipun berulang kali kerajaan cuba memberikan nasihat, tetapi masih ramai yang berdegil dan buktinya beliau menerima laporan sebanyak 1,175 kenderaan dikenal pasti cuba merentas negeri untuk balik ke kampung.

Foto: Selangor Kini

“Sebanyak 1,175 kenderaan dikenal pasti semalam, cuba merentas negeri untuk balik ke kampung. Kenderaan ini diarahkan berpatah balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas didapati cuba malanggar perintah yang dikuatkuasakan.

“Sekali lagi diingatkan, orang ramai agar tidak perlu untuk balik ke kampung sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun daripada pihak polis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 74 peratus daripada 215,712 responden yang menyertai kaji selidik Majlis Keselamatan Negara (MKN) memilih untuk berhari raya di rumah sendiri bersama ahli keluarga dalam kediaman sama dan tidak mahu menerima tetamu.

Foto: Creative

Beliau berkata, berikutan dapatan itu, kerajaan tidak bimbang kerana peratusan tinggi responden yang memilih untuk tidak membuka kediaman kepada orang luar ketika menyambut Aidilfitri di kediaman mereka yang boleh mengekang jangkitan COVID-19.

“Kalau itu pandangan orang ramai, kita tidak bimbang sangat (jangkitan) dan harapan saya juga supaya baki 26 peratus lagi turut tidak benarkan orang datang beraya (di rumah) kerana jika semua orang buat macam ini maka tidak timbul kebimbangan merebak jangkitan COVID-19 sempena Aidilfitri.

“Kalau semua membuat perkara sama seperti 74 peratus responden itu kita boleh putuskan rantaian COVID-19 kerana kita takut akan adanya ‘kluster balik kampung’, ” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Feb 2023
Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Featured Tue, 27 Dec 2022
Eat Travel Wed, 3 Jul 2019

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Seolah-olah ada persamaan di antara masakan di sana dan di sini.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022

Bakal Lebarkan Sayap Di Korea, Ramai Peminat Bangga Dengan Pencapaian Daiyan Trisha

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja. Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan […]

Featured Mon, 6 Aug 2018

Ubat Gigi Penyebab Diabetes. Betul Ke?

Titanium dioksida bahan penyebab diabetes jenis kedua.