Categories: FeaturedOh Lawa

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Ramai wanita yang mahukan bentuk wajah yang runcing serta hidung yang mancung. Selain melakukan pembedahan muka untuk mendapatkan kesan yang didambakan, teknik contouring atau shading juga mampu memberikan hasil yang diingini.

Jika anda mengaplikasikan teknik contouring dengan betul, ia mampu memberi efek tulang pipi yang menonjol, dagu yang runcing, rahang yang terletak serta memberi kesan ramping dan runcing pada bentuk wajah anda.

Foto: Jawa Pos

Bagaimanapun, anda perlu tahu asas contouring kerana jika tersalah teknik, wajah anda mungkin nampak ‘fakel’ atau tidak seperti yang anda inginkan.

Perkara penting yang perlu diketahui ialah pastikan anda membuat contouring mengikut kesesuaian bentuk wajah anda. Anda boleh rujuk artikel terdahulu bertajuk Belajar Teknik Contouring dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda untuk mengetahui perkara asas tentang teknik ini.

Anda juga boleh menonton video di YouTube Hijab & Heels untuk mempelajari teknik ini dengan lebih jelas. Selamat menonton!

 

Ad Ops