Categories: FeaturedGaya Hidup

Yatt Hamzah kongsi senarai persediaan sebelum Ramadan, salah satunya jangan mengumpat!

Ketibaan bulan suci Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi pastinya memberi keterujaan kepada semua.

Ramadan adalah detik terbaik dan peluang untuk umat Islam menggandakan pahala dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kredit gambar: Amalan

Menerusi perkongsian selebriti Yatt Hamzah dalam Instagram miliknya, wanita itu menyenaraikan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menyambut kehadiran Ramadan.

1. Pertama sekali, sebagai Muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak terlepas melakukan ibadat seperti solat tarawih.

2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadat yang dilalui tidak sia-sia.

3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-Quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah.

5. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadan yang bermaksud “Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Kredit gambar: Instagram Yatt Hamzah

6. Mujahadah (berjuang) untuk bangun malam (beberapa kali seminggu) supaya kita tidak liat untuk bangun malam pada bulan Ramadan.

7. Menjaga lidah daripada perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap itu, eloklah mula diam daripada bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan dalam media sosial.

8. Mengingatkan orang lain akan kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadan.

Semoga kita semua dapat bertemu Ramadan dan menjalani ibadat itu dengan tenang serta sempurna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan

Ad Ops