Terbaik! Selepas 4 Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Jadi Sukarelawan Bantu ‘Frontliners’

Terbaik Effy!

Selepas baru sahaja 4 hari habis berpantang, isteri kepada penyanyi popular tanah air Hafiz Suip, Nur Effy Jesreel dikatakan telah aktif melakukan aktiviti kesukarelawanan!

Perkara tersebut dikongsi oleh salah seorang sukarelawan bernama Addina Ahmade menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Katanya, bantuan keperluan harian yang diumbangkan oleh Effy telah selamat diserahkan kepada warga Hospital Putrajaya.

“Terima kasih diucapkan kepada Nureffy Jesreel kerana sudi memberikan sumbangan kepada Hospital Putrajaya walaupun baru 4 hari habis pantang. Betapa gigihnya beliau turun dan turut serta untuk sama2 memberikan sumbangan,” tulisnya.

Tambahnya, sumbangan yang diberikan Effy dan rakan-rakannya amat bermakna dan diharapkan masih ramai lagi di luar sana yang sudi memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Sekali lagi, orang ramai diingatkan supaya bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Xtra careful guys!

Syafiqa Irdina